suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dukun Asli Pantau Wataknya Sendiri Dalam Filem Julia Roberts

Julia Roberts.
Julia Roberts.
Julia Roberts.

PEGAWAI hotel, Hadi Subiyanto, yang membawa peranan guru spiritual aktres Julia Roberts dalam filem "Eat, Pray, Love" (EPL) mendapat 'bimbingan lakonan' dari Ketut Liyer, dukun asli di Bali.

Ketut Liyer senantiasa mengingatkan Hadi, yang membawa watak dukun tersebut agar lebih menghayati dan menjiwai bagaimana seharusnya dilakunkan oleh seorang dukun.

Menurut Liyer, secara keseluruhannya lakonan Hadi cukup bagus kerana Hadi Subiyanto pernah terlibat dalam dunia teater dan kemampuan bahasa Inggerisnya juga bagus.

"Proses pembuatan filem itu kini sudah masuk pada dialog antara Julia Roberts yang membawa watak sebagai pemberita Elizabeth Gilbert dengan guru spiritualnya yang disaksikan oleh dukun asli, Ketut Liyer," menurut laporan sebuah media.

Liyer tidak mau terlibat dalam filem produksi Hollywood itu kerana menderita kencing batu dan sudah terlalu lelah di usianya yang lebih dari 90 tahun.

Produser filem (EPL) telah bersedia membayar mahal jika Liyer bersedia membawa watak dirinya itu.

Jadual bintang Pretty Woman ini memang sangat padat dan memerlukan konsentrasi tinggi. Disebabkan itu, di setiap lokasi pengambilan gambar selalu dijaga ketat.

Julia Roberts dijangka berada di Bali untuk penggambaran filem itu sampai 14 November. S

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain