suria

La Toya dedah 'kesengsaraan' anak-anak MJ

La Toya mendedahkan kesedihan anak-anak MJ menghadapi kehilangan bapa mereka yang tercinta - foto REUTERS
La Toya mendedahkan kesedihan anak-anak MJ menghadapi kehilangan bapa mereka yang tercinta - foto REUTERS
La Toya mendedahkan kesedihan anak-anak MJ menghadapi kehilangan bapa mereka yang tercinta - foto REUTERS

KAKAK kepada Michael Jackson (MJ), La Toya mendedahkan kesedihan anak-anak Raja Pop itu menghadapi kehilangan bapa mereka yang tercinta.

Selebriti berusia 53 tahun itu mendedahkan kisah tentang tiga orang anak MJ iaitu Prince, 12, Paris, 11, dan Blanket, 7, yang terpaksa menerima bantuan kaunseling untuk membantu mereka berdepan dengan kenyataan tentang kematian bapa mereka yang mendapat perhatian seluruh dunia.

"Paris banyak berfikir dan bercakap tentang bapanya. Dia banyak menulis dan memakai baju Michael setiap hari supaya dapat merasai bapanya masih dekat dengannya.

"Biliknya dipenuhi dengan poster-poster Michael dan dia menonton video persembahan bapanya setiap masa. Selepas Michael meninggal, budak-budak itu pergi ke rumahnya dan mengambil apa saja barang yang mereka mahu.

"Paris ambil apa-apa saja yang mempunyai gambar bapanya dan bawa barang-barang itu pulang ke bilik barunya di rumah ibu saya.

"Dia sangat sedih kerana tidak lagi dapat melihat bapanya beraksi di pentas," kata La Toya.

Tambahnya lagi: "Prince pula tidak mahu bercakap tentang hal ini. Dia juga tidak mahu menonton DVD dan hanya akan berlalu melepasi televisyen. Saya sangat risaukannya.

"Dan Blanket pula sangat sedih. Dia sering menangis. Ia terlalu menyakitkan buatnya. Tiada siapa yang dapat mengembalikan bapanya dan itu yang membuatkan dia amat sedih.

"Mereka terpaksa menjalani terapi dan saya amat berharap Prince mampu untuk bersuara apa yang ada dalam hatinya."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain