suria

Kanye West mohon maaf kepada Taylor Swift secara peribadi

Insiden dimana Kanye West merampas mikrofon dari Taylor Swift ketika penyanyi itu sedang memberikan ucapannya. - foto REUTERS

KANYE West telah memohon maaf kepada Taylor Swift secara peribadi melalui satu panggilan telefon.

Penyanyi rap itu telah dikritik hebat berikutan tindakannya yang secara tiba-tiba merampas mikrofon daripada Taylor dan mengatakan Beyonce lebih layak memenangi anugerah Video Wanita Terbaik MTV yang dimenanginya.

Swift yang kecewa dengan insiden tersebut mengatakan Kanye belum lagi memohan maaf kepadanya secara peribadi beberapa hari selepas itu.

Bagaimanapun, semalam, selepas satu temubual Taylor disiarkan, Kanye terus menghubunginya untuk memohon maaf.

Rakan-rakan selebriti yang lain membantu menenangkan Taylor selepas insiden tersebut.

"Saya perlu membuat persembahan lima minit selepas itu, jadi saya perlu melupakan apa yang berlaku supaya boleh membuat persembahan dengan baik," kata Taylor.

Taylor memaafkan perbuatan Kanye West sebaik menerima panggilan tersebut.

Artikel Sebelum

MJ mempunyai satu senarai 'musuh'

Artikel Lain