suria

Johnny Depp mahu lakon watak wanita Carol Channing

Johnny Depp ketika menghadiri tayangan perdana filem terbaru lakonannya 'Public Enemies' di London Leicester Square pada 29 Jun 2009. - foto AFP

BINTANG Hollywood Johnny Depp tidak kisah berlakon watak wanita untuk filemnya yang akan datang kerana beliau ingin berlakon sebagai watak pelakon dan penanyi terkenal Carol Channing.

Hero filem 'Pirates of the Carribean' itu terkenal mengenakan pakaian yang pelik seperti dalam filemnya 'Edward Scissorhands' dan 'Charlie and the Chocolate Factory'.

Beliau sebelum ini juga pernah berpakaian wanita dalam filem komedi 'Ed Wood' pada tahun 1994.

Dia bertekad untuk memegang watak Carol Channing yang berusia 88 tahun, lapor sebuah laman web.

"Impian saya ialah berlakon watak penyanyi lagenda Carol Channing."

"Saya sangat meminati Carol, dia merupakan seorang yang hebat... dengan bantuan teknologi yang ada sekarang ini, tiada masalah bagi saya untuk membawa wataknya itu." kata Johnny.

Artikel Lain