suria

Shah Rukh akan bergelar 'Dr'

Shah Rukh Khan (kiri) dan Preity Zinta. - foto AP
Shah Rukh Khan (kiri) dan Preity Zinta. - foto AP
Shah Rukh Khan (kiri) dan Preity Zinta. - foto AP

BINTANG Bollywood, Shah Rukh Khan telah disenaraipendekkan untuk menerima Ijazah Falsafah Kehormat (PhD) dalam bidang kesenian dan kebudayaan dari Universiti Bedfordshire.

Shah Rukh akan menerima anugerah tersebut pada 10 Julai ini.

Aktor itu dipilih oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), "Routes to Roots" yang bekerja rapat dengan universiti dan amanah pendidikan di pelbagai negara.

Menurut NGO, Shah Rukh dipilih kerana telah menyumbangkan bakti amal dan membantu mereka yang miskin dan terjejas ekoran bencana alam.

"Saya berasa gembira kerana Routes to Roots mencalonkan saya untuk anugerah tersebut dan saya akan pergi ke London untuk menerimanya pada 10 Julai," kata Shah Rukh.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain