suria

JLO tamatkan rangkaian jenama pakaian 'Sweetface' miliknya

Jennifer Lopez. -foto REUTERS
Jennifer Lopez. -foto REUTERS
Jennifer Lopez. -foto REUTERS

KEADAAN ekonomi yang tidak menentu telah mendorong selebriti seksi Jennifer Lopez menutup rangkaian pakaian yang diusahakannya di bawah label 'Sweetface' tidak lama lagi.

Penyanyi dan pelakon terkenal itu khabarnya tidak mampu lagi hendak bertahan dan mengharap satu 'keajaiban' berlaku lantas mengambil tindakan menutup sementara rangkaian jenama pakaian yang kedua miliknya itu.

Jenama yang diusahakan dan dilancarkan pada awal 2003 itu akan 'berhenti' seketika sejurus pengeluaran koleksi musim Luruh tahun ini.

"Rangkaian pakaian koleksi musim luruh tahun ini akan menjadi petanda tamatnya rangkaian pakaian di bawah jenama 'Sweetface,'" kata jurucakap kepada Jennifer Lopez.

"Bagi menghadapi strategi yang senantiasa mencabar dan kemungkinan keadaan ekonomi yang tidak menentu, kami akan memberhentikan pengeluaran jenama 'Sweetface' untuk seketika ini.

"Kemungkinan, bila keadaan ekonomi bertambah baik, kami akan memperkenalkan jenama ini semula dengan mesej yang baru dan rangkaian fesyen yang lebih segar," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat jenama tersebut.

Namun, tidka pula diterangkan bila jenama 'Sweetface' ini akan kembali menghiasi stor-stor di kompleks membeli belah.

Jennifer adalah selebriti terbaru yang memberhentikan produksi jenama pakaiannya tahun ini. Selebriti lain yang mengambil tindakan serupa seperti Jennifer ialah Mandy Moore dan Lauren Conrad.

Sweetface adalah rangkaian kedua jenama pakaian milik Jennifer. Jenamanya yang paling terkenal ialah JLO, yang kini dijual di 40 buah negara di luar Amerika.

JLO, yang dilancarkan pada 2001, telah diberhentikan pengeluarannya di Amerika Syarikat pada tahun 2007.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain