suria

John Mayer sukar lupakan Jennifer Aniston

John Mayer (kanan) dan Jennifer Aniston.
John Mayer (kanan) dan Jennifer Aniston.
John Mayer (kanan) dan Jennifer Aniston.

BEKAS teman wanita John Mayer, Scheana Marie Jancan telah mendedahkan bahawa penyanyi rock itu masih belum 'pulih' sepenuhnya setelah berpisah dengan Jennifer Aniston.

"Dia masih bercakap tentangnya dan cuba keluar dengan ramai wanita semata-mata untuk melupakan Jennifer," kata Jancan yang pernah menjalinkan hubungan yang cukup singkat dengan Mayer pada bulan lalu.

"John amat sengsara setelah berpisah dengan Jennifer. Dia beritahu saya, dia sama sekali tidak menyangka Jennifer akan meninggalkannya. Ia memang satu kejutan buat dirinya," tambah Jancan.

Mayer sering menulis tentang kisah hidupnya di dalam blog dan telah menamatkan hubungannya dengan Jancan sebaik wanita itu mula membicarakan tentang hubungan mereka.

Jancan begitu bingung bila melihat Mayer meradang tentang perkara itu.

"Saya tidak faham mengapa dia amat marah dengan saya apabila saya bercakap tentang kami," kata Jancan.

Artikel Lain