Jason Batemen segan mengucup Jennifer Aniston - Hiburan | mStar

Jason Batemen segan mengucup Jennifer Aniston

Bateman (kanan) malu mencium Aniston.
Bateman (kanan) malu mencium Aniston.

PELAKON Hollywood, Jason Bateman barangkali pernah mencium banyak aktress di layar perak, tetapi dia malu untuk mengucup Jennifer Aniston dalam filem `The Baster'.

Walaupun Bateman tidak menghuraikan kucupan tersebut, dia memuji kemampuan Jennifer mencium.

"Saya rasa.... ia suatu adegan yang menarik. Saya akan berkata demikian. Ia memang satu babak yang menarik," kata sumber.

Bateman memberitahu, dia berkawan dengan Jennifer sejak dia berkerjasama dengannya dalam filem `Break-Up'.

Dia menambah, dia seronok berlakon bersama-sama dengan Jennifer.

`The Baster' menceritakan seorang perempuan berusia 40 tahun bercadang mempunyai seorang anak menerusi penderma sperma.

Bagaimanapun, kawannya (dilakon oleh Bateman) secara diam-diam telah menggantikan sperma penderma itu dengan sperma miliknya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Hujung minggu yang panjang pada 2019

'Rapunzel' tak potong rambut 28 tahun