suria

Siti Sarah turunkan berat badan 7kg demi Hollywood

Siti Sarah beraksi dalam WorldStars Road To Hollywood 2009, baru-baru ini.
Siti Sarah beraksi dalam WorldStars Road To Hollywood 2009, baru-baru ini.
Siti Sarah beraksi dalam WorldStars Road To Hollywood 2009, baru-baru ini.

BIARPUN berbadan kecil, penyanyi popular, Siti Sarah Raissuddin yang dipilih ke Pertandingan Seni Persembahan Dunia (WCOPA) di Los Angeles, Amerika Syarikat berjiwa besar.

Dia ingin mengikut jejak langkah selebriti Noryn Aziz yang pernah mengharumkan negara di persada antarabangsa di pentas yang sama. Untuk itu, Sarah menurunkan 7 kilogram (kg) dalam 2 hari untuk memberikan persembahan terbaik.

"Saya berjaya menurunkan berat badan dari 53kg ke 46kg untuk mendapatkan berat badan ideal. Lebih-lebih lagi, semasa menyanyi di Hollywood nanti, kita kena fit (cergas).

"Sebagai performer, saya perlukan tenaga. Justeru, saya tidak boleh terlalu skinny (kurus) tetapi ideal dengan ketinggian Sarah, iaitu 1.52 meter," katanya ketika dihubungi mStar, semalam.

WCOPA berlangsung pada 11 hingga 19 Julai. Sarah bertanding dalam kategori vokal bersama dengan tiga penyanyi tempatan iaitu Yusrizan Usop atau Bob, Norhasmider Ahmad dan Raja Farah Afzal Raja Ikram.

Sarah memberitahu, dia berterima kasih kepada rawatan Jamu Mak Dara (JMD) atas kejayaannya menurunkan berat badannya.

Katanya, JMD merupakan produk untuk rawatan `body-firming' dan bukan untuk `body-slimming' dan syarikat itu menawarkan tajaan selama setahun kepadanya.

"Seseorang itu kena disiplin dalam penjagaan berat badan. Kalau kita buat apa-apa treatment (rawatan) pun, nothing is going to happen.

"Apa yang menarik, JMD menggunakan bahan-bahan semulajadi dan tumbuh-tumbuhan sepenuhnya. Selain rawatan JMD, saya juga berjoging dan menjaga diet," katanya sambil menambah, dia juga mendapat tajaan daripada Selebrity Fitness.

Mengenai persiapan latihannya setakat ini, Sarah berkata, dia sedang membuat persiapan rapi.

"Sarah masih tunggu `Minus One' dari Istana Budaya. Minggu ini, Insya-Allah, Sarah akan menjalani sesi vokal. Selain itu, saya juga akan berlatih dalam performance," ujarnya.

Sarah berharap semua pihak dapat mendoakan kejayaannya di Hollywood nanti.

"Pray for me, please. Ia bukan untuk saya semata-mata, tetapi untuk semua orang dan negara," katanya dengan penuh keikhlasan dan harapan.

Artikel Lain