Paris Hilton (kiri) dan Doug Reinhardt berpacaranPARIS Hilton telah meluahkan cinta kepada kekasih barunya, Doug Reinhardt - personaliti televisyen dari Amerika yang juga pemain besbol - sambil menegaskan, jejaka itu adalah lelaki yang ingin dikahwininya.Perkhabaran itu bertiup kencang selepas Hilton terpaksa menafikan laporan terbaru bahawa kekasih terbaru itu melamarnya pada satu pertemuan makan malam. Namun Hilton menegaskan, dia akan berkahwin dengan Reinhardt suatu hari nanti, kata sumber."Dia (Reinhardt) merupakan bakal suami saya. Kami adalah kawan baik. Kami telah lama saling mengenali sejak beberapa tahun lalu."Saya benar-benar dilamun cinta dan sangat gembira," ujarnya.Hilton mula intim dengan Reinhardt selama beberapa bulan, setelah berpisah dengan rocker Benji Madden pada November tahun lalu.