suria

Gagal rayuan, Madonna jerit pada hakim

Madonna terkejut hakim menolak rayuannya untuk mengambil seorang anak angkat berbangsa Malawi - foto AP

DIVA pop, Madonna menjerit seoleh-olah tidak percaya selepas dimaklumkan peguamnya bahawa hakim menolak rayuannya untuk mengambil seorang anak angkat berbangsa Malawi yang juga anak yatim bernama Chifundo 'Mercy' James.

Menurut Mirror Online, penyanyi yang terkejut itu menekupkan kedua-dua belah tangannya ke muka dan menjerit: "Apa?"

"Dia asyik meramas tangannya sendiri dan menekupkan kedua-dua belah tangannya ke muka. Dia benar-benar terkejut," kata sumber.

Bintang handalan itu, bagaimanapun, tekad untuk merayu atas keputusan itu dan satu pembicaraan dijadualkan pada minggu depan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Esimie Chombo membuat keputusan tersebut kerana penyanyi terkenal itu gagal memenuhi satu peruntukan undang-undang di Malawi mengenai pengambilan anak angkat.

Difahamkan, ibu bapa yang berminat berbuat demikian perlu bermastautin di negara terbabit selama 18 hingga 24 bulan sebelum dibenarkan mengambil anak angkat.

Artikel Sebelum

Artikel Lain