Acis: “Saya buat ‘arrangement’ bukan untuk 'impress' - Hiburan | mStar

Acis: “Saya buat ‘arrangement’ bukan untuk 'impress'

Acis akui masanya lebih banyak ditumpukan kepada Akademi Fantasia 7 sehingga tiada masa bersama isterinya, Sheila Majid.
Acis akui masanya lebih banyak ditumpukan kepada Akademi Fantasia 7 sehingga tiada masa bersama isterinya, Sheila Majid.

SUSUNAN muzik semasa Konsert mingguan Akademi Fantasia 7 semuanya bergantung kepada pengarah muzik Hashridz Murshim atau Acis.

Suami kepada penyanyi terkenal Datuk Sheila Majid ini lebih selesa merendah diri walaupun ramai yang memuji muzik yang disusunnya dalam konsert itu lebih sedap dan menarik perhatian penonton berbanding lontaran vokal peserta.

Bukan apa, tidak semua yang menunjukkan peningkatan dalam persembahan mereka dan cuma mengharapkan muzik yang diarahkan oleh Acis.

Seperti yang diperkatakan oleh pengkritik tetap AF 7, Adlin Aman Ramlie tidak berpuas hati dengan persembahan beberapa peserta yang kurang menyerlah walaupun telah dibantu oleh susunan muzik arahan Acis.

Ditanya apakah 'rahsianya' menghasilkan susunan muzik yang menarik, kata Acis:

“Tiada apa-apa rahsia kerana saya membuat ‘arrangement’ bukan nak ‘impress’ dan tunjuk saya bagus tetapi mengikut keperluan lagu.

“Saya ‘arrange’ lagu itu dengan banyak ‘chord’ dan hanya ‘play’ muzik itu untuk lagu.

“Saya juga menyusun muzik mengikut personaliti peserta dan takkan terlalu mengikut versi lagu asal.

“Misalnya, saya ‘arrange’ lagu Lakaran Kehidupan nyanyian Aril yang berlainan daripada lagu asal kerana ia bersesuaian dengan Aril yang menyukai genre rock,” kata Acis.

Menyusuli konsert minggu keempat sempena ‘tribute’ kepada dua ikon penyanyi dan penghibur terkenal tanahair, Amy Search dan Datuk Siti Nurhaliza, kebanyakan muzik yang diadun oleh Acis memang menarik dan sedap didengar.

Lagu Lakaran Kehidupan nyanyian Aril berubah rentak dari pop rock kepada lebih bernada jazz dan lebih segar.

Selain itu, muzik lagu Ku Milikmu nyanyian Sidi yang lebih berentak perlahan dengan persembahan seakan-akan bercorak akustik.

Dengan muzik sebegitu, Sidi lebih mudah melontarkan lagu tersebut dengan lebih tenang dan selesa.

Nyanyian peserta wanita juga sedap didengar dengan muzik rock segar dan lebih ‘bersemangat’.

Malah dalam Diari INT AF 7 di Astro Ria semalam, Acis sempat memuji persembahan Zizi yang tersingkir dalam konsert pada Sabtu lalu.

“Saya suka dengan vokal Zizi ketika menyanyikan lagu Aku Dah Bosan,” beritahu Acis.

Dalam perkembangan lain, ditanya tentang dia dan Sheila pula, kata Acis, ketika ini dia dan isterinya jarang menghabiskan masa bersama kerana sibuk dengan urusan masing-masing.

"Saya hanya berjumpa dia seketika di waktu malam dan esoknya kami keluar membuat kerja masing-masing.

"Sekarang, Sheila mempunyai projeknya sendiri," kata Acis yang enggan memberitahu projek terbaru Sheila.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Hujan ke Indonesia lagi

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini