suria

Kareena-Salman tidak bermasam muka lagi

Aktres Bollywood Kareena Kapoor kini sedang menjalin percintaan dengan aktor Saif Ali Khan.
Aktres Bollywood Kareena Kapoor kini sedang menjalin percintaan dengan aktor Saif Ali Khan.
Aktres Bollywood Kareena Kapoor kini sedang menjalin percintaan dengan aktor Saif Ali Khan.

KAREENA Kapoor bukanlah seorang aktres yang senang berkawan. Selama 9 tahun dalam industri, aktres jelita ini telah banyak putuskan tali persahabatan dan membuat permusuhan.

Sikap Kareena yang tidak kisah tentang orang disekelilingnya menyebabkan dia lebih senang bersendirian.

Kareena pernah bermasam muka dengan Bipasha dan kemudian dengan kawan baik Rani Mukherjee dan Esha Deol.

Begitu juga dengan persahabatanya dengan pelakon bertubuh sasa Salman Khan.

Khabarnya, Kareena dan Salman pernah menjadi kawan baik ketika pengambaran filem 'Kyon Ki'. Walaupun filem itu tidak mencapai 'box office', persahabatan mereka terjalin erat.

Namun, semuanya menjadi sebaliknya kerana bekas teman lelaki Kareena, Shahid Kapoor.

Shahid dan Salman telah berselisih faham ketika konsert 2006 Rock Stars dan Kareena tersepit dan serba salah ketika itu dan terpaksa menyebelahi teman lelakinya, Shahid.

Tapi kini, sejak dia berpacaran secara terbuka dengan aktor Saif Ali Khan, perhubungan dia dengan Salman khabarnya telah banyak berubah. Namun ianya bukan satu perkara yang sennag.

Ketika pengambaran filem 'Main Aur Mrs. Khanna,' aura di antara Kareena dan Salman tidak begitu baik. Suasana agak tegang sehinggakan setelah habis sahaja scene masing-masing, mereka akan balik ke van.

Untuk berbincang pasal setiap adegan pula, pengarah terpaksa campur tangan dan memanggil mereka berdua untuk berdiskusi.

Tapi pada satu hari, Kareena telah memberanikan diri untuk memulakan perbualan.

Kareena telah berjalan ke arah Salman dan memulakan perbincangan tentang adegan yang hendak dilakukan. Ini membuat Salman tersentak. Katanya, Saif yang memainkan peranan mendamaikan kedua mereka.

Setelah insiden tersebut, kedua mereka kelihatan ketawa dan mesra kembali seperti dulu.

Kakak Kareena, Karisma, amat gembira dengan perkembangan ini kerana dia telah lama berkawan dengan Salman.

Jika siapa ingin melihat perkembangan positif antara Kareena dan Salman, saksikan mereka dalam filem 'Main aur Mrs. Khanna'!

Artikel Sebelum

Siapa yang bodoh sebenarnya?

Artikel Berikut

Artikel Lain