suria

Sukan SEA: Skuad takraw negara tundukkan tuan rumah, akhiri kemarau emas selepas 34 tahun

Skuad sepak takraw negara menamatkan kemarau 34 tahun pingat emas acara regu berpasukan lelaki Sukan SEA. -Gambar Persekutuan Sepaktakraw Malaysia

SKUAD sepak takraw negara mencipta detik manis menamatkan kemarau 34 tahun emas acara regu berpasukan lelaki Sukan SEA selepas menumpaskan tuan rumah, Thailand 2-1 di Nakhon Pathom pada Ahad.

Ketua jurulatih Ahmad Jais Baharom mengetuai Malaysia meraih emas terakhir dalam acara yang sama pada 1991 di Manila, Filipina.

Permulaan perlawanan ternyata mencabar apabila regu pertama negara, Haziq Hairul Nizam, Muhammad Noraizat Nordin dan Amirul Zazwan Amir tewas tipis kepada trio Thailand, Pornthep Thinbangbon, Phutawan Sopa dan Marukin Phanmakon.

Regu kedua negara yang dibarisi Syahir Rosdi, Azlan Alias dan Farhan Adam menunjukkan kebangkitan luar biasa, menewaskan Siriwat Sakha, Thawisak Thongsai dan Rachan Viphan sekali gus menyamakan kedudukan 1-1.

Regu ketiga, Zulkifli Razak, Afifudin Razali dan Aidil Aiman Azwawi, memastikan kemenangan Malaysia selepas menewaskan Kritnasanapong Nontakote, Varayut Jantarasena dan Wuttinun Kamsanor, sekali gus membawa pulang pingat emas.

 

Artikel Lain