suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lama simpan impian.... Pemain tenis gembira akhirnya dapat buat prosedur besarkan payudara

Dodin menjalani prosedur itu ketika berehat daripada sukan tenis selama sembilan bulan. -Foto Instagram

BINTANG tenis Perancis, Oceane Dodin meraih perhatian ramai selepas menjalani pembedahan pembesaran payudara.

Dodin, 28, sebelum ini berehat selama sembilan bulan kerana masalah telinga yang menjadi punca dia diserang vertigo.

Dalam tempoh itu, dia mengakui sempat menjalani prosedur membesarkan payudara yang menjadi impiannya sejak sekian lama.

"Ini sesuatu yang sudah lama saya mahu lakukan. Memang benar saya ambil kesempatan (jalani pembedahan) semasa berehat.

"Saya sangat gembira dapat melakukannya, langsung tidak menyesal dan ia tidak mengganggu saya," ujarnya lagi.

Menurut Dodin, dia juga tidak menghiraukan nasihat agar tidak menjalani prosedur berkenaan. 

"Semua orang cakap saya tak akan boleh bermain tenis lagi, seolah-olah saya 'pasang' tembikai di dada.

"Ia tidak mengganggu saya semasa bermain. Ada bra khas yang sesuai," ujarnya lagi.

Dodin kini kembali ke gelanggang dan berjaya mara ke suku akhir kejohanan W35 Reims 2025. -Agensi.

Artikel Lain