suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sukan SEA: Pearly-Thinaah tamatkan kemarau 10 tahun, raih emas beregu wanita

Pearly Tan (kanan) dan M Thinaah meraikan kejayaan meraih emas pertama badminton di Sukan SEA Thailand 2025.

GANDINGAN beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah menghadiahkan pingat emas pertama buat kem badminton negara di Sukan SEA Thailand 2025, pada Ahad.

Gandingan ranking kedua dunia itu menewaskan pasangan Indonesia, Febriana Dwipuji-Meilysa Puspitasari dalam acara yang berlangsung di Gimnasium Universiti Thammasat.

Dalam perlawanan sengit selama 86 minit, Pearly-Thinaah bekerja keras sebelum menang 21-16, 19-21, 21-17.

Kejayaan itu menamatkan penantian 10 tahun negara untuk meraih pingat emas dalam acara beregu wanita Sukan SEA.

Lebih manis, pencapaian tersebut diraih dalam penampilan sulung Pearly-Thinaah di temasya dwitahunan itu.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia meraih emas dalam acara berkenaan adalah pada edisi 2015 di Singapura, menerusi gandingan Amelia Alicia Anscelly-Soong Fie Cho.

Artikel Lain