suria

SRK antara '50 Orang Paling Berpengaruh di dunia'

Datuk Shah Rukh Khan pernah berkata dia adalah brand terhebat dari India. Dengan tersenarainya nama SRK dalam '50 Orang paling berpengaruh di Dunia' membuktikan kebenaran dakwaannya.
Datuk Shah Rukh Khan pernah berkata dia adalah brand terhebat dari India. Dengan tersenarainya nama SRK dalam '50 Orang paling berpengaruh di Dunia' membuktikan kebenaran dakwaannya.
Datuk Shah Rukh Khan pernah berkata dia adalah brand terhebat dari India. Dengan tersenarainya nama SRK dalam '50 Orang paling berpengaruh di Dunia' membuktikan kebenaran dakwaannya.

NAMA pun Raja Bollywood. Siapa yang dapat pertikaikan pengaruh yang ada pada Datuk Shah Rukh Khan (SRK). Apatah lagi peminatnya yang mencecah jutaan orang di setiap pelusok dunia.

Sangat besar pengaruh yang dia ada sehinggakan apa saja filem yang dilakonkan oleh SRK, bagaikan sudah terjanji satu pulangan 'box office.' Jutaan peminat SRK tidak pernah jemu memberi sokongan kepada idola mereka tidak kira apa bangsa sekalipun.

Jadi tidak memeranjatkan apabila aktor kesayangan ramai ini turut tersenarai dalam '50 Orang Paling Berpengaruh di dunia' (50 Most Powerful People of the World).

Satu tinjauan yang dijalankan oleh majalah popular Amerika, ‘Newsweek’ baru-baru ini jelas menobatkan kedudukan 'King Khan' di tangga ke-41.

Sewajarnya populariti SRK menjangkau ke mana saja walaupun di negara seperti Pakistan, Afghanistan, Asia dan negara Eropah. Antara nama lain yang turut tersenarai ialah Presiden Amerika Barack Obama yang mengungguli carta, President Kongres Sonia Gandhi dan President French Nicolas Sarkozy.

Tidak adil jika ada yang mengatakan SRK angkuh jika dia sendiri meletakkan dirinya sebagai brand terhebat dari Bollywood.

SRK baru-baru ini telah menyelar pengkritik filem anugerah Oscar 'Slumdog Millionaire.'

Menurut SRK, kemiskinan yang di beri penekanan dalam fielm ini adalah satu realiti dan hairan kenapa orang-orang di India terlalu sinikal apabila sesuatu perkembangan yang baik berlaku.

"Bukankah kemiskinan dan setinggan itu satu realiti ? Kalau pengkritik ada masalah dengan perkataan slumdog, cuba lihat secara positif perkataan 'millionaire' selepas slumdog itu," jelas SRK yang baru saja pulang ke Mumbai setelah berada di Los Angeles selama satu bulan bagi pengambaran filem terbaru Karan Johar 'My name is Khan.'

Pengkritik filem tidak suka cara kemiskinan India dibesar-besarkan dalam filem ini dan ada yang tidak begitu senang dengan perkataan 'slumdog' seolah-olah orang-orang di India diibaratkan seperti anjing (dogs).

"Saya baru pulang dari Amerika dan orang-orang di sana sangat suka dengan filem itu. Penataan bunyi filem itu juga bagus begitu juga dengan cerita dan lakonlayar fielm itu. Filem itu layak memenangi anugerah yang ia dapat," jelas SRK ayng telah membaca buku original filem ini dan juga skripnya.

SRK juga tidak kecewa kerana menolak tawaran watak yang dibawa oleh pelakon Anil Kapoor dalam filem ini.

"Saya tidak boleh kecewa dengan sesuatu yang saya tidak mungkin boleh lakukan. Tidak mungkin saya dapat membawa watak hos 'game show' seperti Anil," kata SRK yang terpaksa menolak tawaran pengarah David Boyle kerana terikat dengan program 'Kaun Banega Crorepati' (KBC) dan 'Kya Aap Panchvi Pass Se Tez Hai.'

Artikel Sebelum

Siapa yang bodoh sebenarnya?

Artikel Berikut

Artikel Lain