suria

Zayn Malik tulis surat kepada PM, gesa bantuan makanan percuma untuk kanak-kanak miskin di sekolah

Zayn berharap tidak ada lagi kanak-kanak yang mengalami kelaparan.

PENYANYI Zayn Malik menggesa Perdana Menteri United Kingdom (UK) iaitu Rishi Sunak menawarkan program makanan percuma di sekolah kepada ratusan ribu kanak-kanak miskin di negara berkenaan.

Zayn, 29, yang juga merupakan bekas pelajar yang bergantung bantuan makanan ketika dibesarkan di Bradford, West Yorkshire, merayu agar Sunak meluaskan skim itu dalam satu kenyataan yang akan dibuat pada minggu depan.

Menurut penyelidikan yang dibuat oleh Child Poverty Action Group, kira-kira 800,000 kanak-kanak miskin di England terlepas mendapatkan makan tengah hari percuma di sekolah kerana peraturan kelayakan yang ketat.

zayn1 - 1

Zayn merupakan bekas pelajar yang bergantung kepada makanan percuma.

Dalam surat yang ditulis, Zayn berharap tidak ada lagi kanak-kanak yang mengalami kelaparan seperti dirasai olehnya ketika zaman kanak-kanak dahulu.

"Kanak-kanak ini mengalami kekurangan tumpuan, malah ada yang terpaksa mencuri makanan di kantin sekolah kerana terlalu lapar tetapi tidak mampu membeli makanan tengah hari," tulisnya menerusi Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Zayn Malik 'unfollow' IG selepas gosip cinta Gigi Hadid dan Leonardo DiCaprio bertiup kencang!

ARTIKEL BERKAITAN: Lama menghilang gara-gara putus cinta, Zayn Malik muncul dengan imej berjanggut tebal

zayn2 - 1

Zayn dibesarkan di Bradford, West Yorkshire, UK.

Dalam pada itu, bekas ahli kumpulan One Direction ini juga berkata, kemiskinan membuatkan kanak-kanak itu berasa malu hingga mampu memberi kesan kepada fizikal dan mental mereka.

"Saya tahu perasaan malu itu, saya telah melaluinya kerana membesar di Bradford, saya hanya bergantung dengan makanan percuma di sekolah," katanya.

Sementara itu, Zayn berharap agar PM bertindak dengan sewajarnya bagi mempertimbangkan permintaannya ini.

Tambahan pula, rakyat kini terpaksa berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi.

"Sebagai Perdana Menteri, anda mempunyai kuasa untuk mengubah perkara ini. Sila bertindak dengan hati nurani yang baik untuk belanjawan yang akan dibentangkan pada 17 November ini.

"Kanak-kanak yang kelaparan tidak dapat dielakkan dan ia tidak sepatutnya menyentuh isu atau ideologi politik," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain