suria

Tegar dihalau keluar rumah selepas gagal bayar sewa, ibu pula sudah beberapa hari tak makan

Tegar kongsi penderitaan hidup keluarga.

PENYANYI Tegar Septian sekali lagi berdepan dengan masalah kewangan sehingga menyebabkan dia gagal membayar sewa rumah yang turut didiami oleh kedua ibu bapanya.

Disebabkan masalah itu, pemilik rumah sewa berkenaan meminta keluarga Tegar, 22, mengosongkan premis tersebut kerana mahu diberikan kepada bakal penyewa baharu.

"Aku kesian dengan orang tuaku. Kalau aku tidak bayar orang tua aku mahu tidur di mana?

ARTIKEL BERKAITAN: Tegar mengaku sudah bercerai... tertekan, badan jadi kurus fikir masalah rumah tangga

"Apa lagi yang harus aku lakukan? Aku harus bayar sewa rumah," katanya.

Bekas peserta Big Stage 2022 itu berkongsi perkara tersebut menerusi beberapa hantaran di Instastory miliknya.

Menerusi paparan perbualan WhatsApp dengan ibunya, Tegar mendedahkan wanita itu tidak makan sejak beberapa hari disebabkan masalah kewangan.

tegar 2

Tegar hidup susah sehingga gagal bayar sewa rumah.

Dalam masa sama, Tegar juga menjelaskan antara punca dia berdepan dengan situasi sebegini adalah disebabkan sering ditipu dan tidak menerima wang royalti kerjaya seninya.

"Kenapa jadi begini... aku selalu kena tipu. Semoga anda semua faham apa maksudku. Royalti pun aku belum dapat sepenuhnya," jelasnya.

Dalam masa sama, Tegar juga dilihat berjalan-jalan di sebuah kawasan sunyi tanpa arah tujuan susulan masalah yang dialami.

Tegar sebelum ini juga pernah menjadi perhatian ramai apabila dia dilihat kembali menjadi penyanyi jalanan dek kerana kurang tawaran persembahan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain