suria

Dah tak tahan sangat! Amber Heard kantoi berak tepi jalan 

Amber Herad terakam sedang buang air di tepi jalan.

TAK tahu malu! Itu gambaran mengenai sikap buruk pelakon Amber Heard yang kantoi membuang air besar di kawasan perumahannya di Sepanyol baru-baru ini.

Tindakan bintang filem Aquaman itu dirakam oleh salah seorang jiran yang kemudian dimuat naik oleh Youtuber Joseph Morris di saluran YouTube miliknya.

Menerusi rakaman tersebut, Amber dilihat selamba membuka seluar dan membuang air besar dipercayai dalam keadaan mabuk.

Amber Heard terakam sedang buang air besar.

Individu yang berjaya merakam perbuatan itu dilaporkan sudah tidak tahan dengan sikap pelakon itu yang gemar membuang air besar di kawasan perumahan mereka.

Dakwanya, ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku malah penduduk di kejiranan itu pelik apabila sering mencium bau busuk dan najis merata-rata sejak Amber berpindah ke situ.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak tahan digelar penipu, Amber Heard akhirnya pindah ke Sepanyol

ARTIKEL BERKAITAN: Elon Musk beli Twitter, akaun Amber Heard lesap!

Tidak tahan dengan keadaan itu, penduduk bertindak memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati ia adalah angkara aktres berkenaan.

Sebelum ini, bekas suami Amber iaitu Johnny Depp mendedahkan Amber pernah membuang air besar di atas katil ketika perbicaraan kes saman fitnah mereka awal tahun ini.

Bagaimanapun, Amber menyangkal dakwaan tersebut dan menuduh ia perbuatan anjing mereka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain