suria

Tiada anak bukan punca Jennifer Aniston bercerai... kongsi kesulitan rawatan IVF demi dapatkan zuriat

Jennifer berkongsi kisah memiliki anak melalui proses IVF.

PELAKON Jennifer Aniston berkongsi pengalaman berdepan masalah kesuburan dan sukar untuk hamil yang pernah dilaluinya sebelum ini.

Menerusi temu bual bersama majalah Allure, pelakon drama siri Friends ini menceritakan perjuangan dirinya memiliki anak melalui rawatan In Vitro Fertilization (IVF) yang dilakukan selama beberapa tahun.

Jennifer, 53, mengakui tertekan dengan pandangan masyarakat yang sering bertanyakan tentang kemampuan dirinya untuk mempunyai zuriat.

jen2 - 1

Pelakon ini pernah melalui detik sukar dalam hidupnya.

Malah, pelakon ini telah mencuba pelbagai usaha termasuklah mengamalkan minuman teh Cina sebagai salah satu ikhtiar yang dilakukan untuk hamil.

"Sepanjang beberapa tahun, ia benar-benar sukar buat saya. Saya telah menjalani IVF, minum teh Cina, sebut sahaja semuanya saya telah cuba berusaha," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga tahun bercerai, Justin Theroux tetap sayang Jennifer Aniston

ARTIKEL BERKAITAN: Angelina Jolie tak kisah Brad Pitt pegang tangan Jennifer Aniston

Dalam pada itu, Jennifer memberitahu sebelum ini timbul khabar angin kononnya perkahwinan dia dengan Brad Pitt berakhir kerana dia tidak mahu memiliki zuriat.

"Alasan suami meninggalkan saya, mengapa kami berpisah dan mengakhiri pernikahan kami adalah kerana tidak mempunyai anak semuanya adalah satu pembohongan!" jelasnya.

jen1 - 1

Jennifer menafikan dakwaan bercerai kerana tidak mampu memberikan zuriat.

Bagaimanapun, pelakon ini tidak mengendahkan khabar angin itu dan hanya memberi fokus kepada kerjayanya dalam bidang lakonan.

"Saya boleh katakan di usia lewat 30-an dan 40-an ini, saya melalui fasa yang paling sukar. Jika saya tidak kuat, saya tidak akan menjadi seperti siapa saya hari ini," ujarnya.

Untuk info, Jennifer mendirikan rumah tangga dengan Brad Pitt pada 2000 dan bercerai pada tahun 2005.

Jennifer kemudiannya berkahwin dengan Justin Theroux pada 2015 dan berpisah pada tahun 2017.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain