suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bimbang foto tersebar, Alia Bhatt dan Ranbir Kapoor halang tetamu lawat bayi mereka… Teman rapat pun tak boleh dipercayai!

Alia dilihat meninggalkan hospital selepas empat hari bersalin.

PASANGAN pelakon Alia Bhatt dan Ranbir Kapoor menimang cahaya mata pertama mereka di sebuah pusat perubatan di Mumbai, India pada 6 November lalu.

Berita gembira itu dikongsi oleh Alia menerusi satu hantaran di laman Instagarm miliknya.

Perkhabaran itu membuatkan ramai ahli keluarga serta teman rapat mengunjungi hospital bagi bertemu pasangan ini dan melihat sendiri wajah bayi perempuan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Ranbir Kapoor dan Alia Bhatt tunggu rumah siap ubah suai sebelum langsung perkahwinan

Bagaimanapun hasrat tersebut tidak kesampaian apabila tetamu yang datang tidak dibenarkan melihat wajah anak mereka itu.

Selain bimbang gambar anak mereka tersebar di internet, Alia dan Ranbir juga khuatir jika bayi mereka terkena jangkitan Covid-19.

"Orang yang datang boleh melakukan apa sahaja walau mereka adalah teman rapat. Ranbir dan Alia tidak mahu apabila bangun pagi, wajah anak mereka mula terpapar di internet.

"Alia juga bimbang dengan jangkitan Covid-19. Bukan semua yang datang itu boleh menunjukkan surat pengesahan negatif Covid-19," jelas seorang teman rapat yang dipetik menerusi Bollywoodhugama.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia