suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga tahun bercerai, Justin Theroux tetap sayang Jennifer Aniston

Perkahwinan Justin dan Jennifer hanya bertahan selama dua tahun.

PELAKON Justin Theroux mendedahkan dia dan bekas isterinya yang juga aktres Jennifer Aniston masih sayang satu sama lain biarpun sudah tiga tahun bercerai.

Memetik laporan Hollywoodlife, Justin berkata biarpun dia dan Jennifer tidak berborak setiap hari namun mereka tetap akan berhubung melalui mesej atau panggilan video.

"Boleh katakan, kami masih mengekalkan hubungan sebagai kawan. Kami tidak bercakap setiap hari tapi akan hubungi atau membuat panggilan video.

"Kami tiada drama perpisahan dan masih sayang satu sama lain. Jujur saya katakan yang saya gembira dengan persahabatan ini. Ia satu kerugian sekiranya kami putus hubungan," kata Justin Theroux.

Justin mendirikan rumah tangga dengan Jennifer pada 2015 namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama dua tahun sahaja.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain