suria

Tekanan populariti! Justin Bieber hampir mati kerana ubat penenang, ‘bodyguard’ terpaksa periksa nadi setiap malam

Justin Bieber akui tertekan selepas bergelar bintang popular.

POPULARITI yang diraih penyanyi Justin Bieber dalam masa singkat bukanlah sesuatu yang indah dan menyeronokkan.

Menerusi laporan majalah GQ, Justin mendedahkan dia terpaksa mengambil ubat-ubatan untuk menenangkan diri kerana kejutan yang diterima selepas bergelar seorang bintang popular.

"Saya sedih dan rasa sakit meskipun mengetahui kejayaan yang saya miliki... awalnya saya fikir kejayaan itu akan membuatkan segalanya nampak baik tetapi ia tidak.

"Bermula itulah saya mula mengambil ubat untuk membantu mengatasi semua rasa sakit yang saya lalui.

"Sampaikan paling buruk orang disekeliling termasuk pengawal peribadi kerap memeriksa nadi saya untuk mengetahui sama ada saya masih bernafas atau tidak," katanya.

Dalam pada itu, Justin berkata ketagihannya terhadap bahan terlarang menjadi semakin teruk selepas hilang arah apabila mengetahui persaingan sengit industri muzik.

Dia bagaimanapun meluahkan rasa syukur apabila berjaya pulang ke pangkal jalan dan bangkit memulihkan semula kekecewaan diri.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain