suria

Tidak mahu hubungan dengan anak terjejas, Kanye West tuntut hak jagaan sama rata

Selepas tujuh tahun berkahwin, Kim akhirnya failkan penceraian pada Februari lalu.

PENYANYI dan komposer Kanye West menuntut hak jagaan bersama keempat-empat anaknya hasil perkahwinan dengan sosialit terkenal, Kim Kardashian.

Dalam permohonan terbaharunya itu, Kanye mahu mendapatkan hak jagaan sama rata dengan Kim agar hubungannya dengan anak-anak tidak akan terjejas walaupun rumah tangganya dengan Kim sudah pun musnah.

Kedua-dua selebriti itu walau bagaimanapun tidak menuntut sebarang bantuan sokongan kewangan untuk tujuan membesarkan anak-anak memandangkan masing-masing kini sudah memegang status billionaire.

Kim, 41, menfailkan penceraian mereka pada Februari lalu selepas dia dan Kanye tidak lagi tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu.

Dalam kenyataan medianya sebelum ini, Kim menyatakan punca perpisahan itu adalah disebabkan tiada lagi persefahaman di antara mereka.

Kanye, 44, tinggal di kediamannya di Wyoming, Amerika Syarikat manakala Kim bersama anak-anak mereka menetap di rumah agam pasangan itu di California.

Pasangan itu berkahwin pada 24 Mei 2014 di Florence, Itali. Hasil perkongsian hidup, mereka mempunyai empat cahaya mata iaitu North, 8, Saint, 6, Chicago, 3, dan Psalm, 2 tahun. - CNN

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain