suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Reza Rahadian terkejut nama trending selepas kongsi perjalanan jadi mualaf

Reza akui mula menjadi mualaf sekitar usia 19 hingga 20 tahun.

GARA-GARA berkongsi semula mengenai perjalanannya menjadi seorang mualaf di saluran YouTube Danial Mananta baru-baru ini, nama pelakon Reza Rahadian menjadi trending di laman sosial.

Memetik laporan Liputan6, Reza mengakui dia berasa terkejut apabila perkongsian itu mendapat perhatian ramai memandangkan ia bukan sesuatu yang baharu.

Akui mula bertukar ke agama Islam sekitar usia 19 hingga 20 tahun, Reza berharap semua pihak menghormati pilihannya dan tidak bertanya lebih lanjut mengenai perkara itu.

"Sebenarnya berita itu sudah lama... saya kongsi perkara itu dari zaman bila entah. Cuma disebabkan baru-baru ini dikongsikan semula di saluran YouTube Daniel Mananta, mungkin ada yang baru tahu.

"Saya menjadi mualaf ketika usia 19 atau 20 tahun... sudah lama dan pernah bercakap mengenai perkara itu. Saya tidak tahu trending atau tidak sebab tidak melihatnya.

"Menjadi mualaf atau bertukar agama itu pilihan peribadi saya. Saya tidak boleh bercakap lebih banyak mengenai perkara itu. Maaf ya," katanya mengakhiri temu bual tersebut.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain