suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Macaulay Culkin dan Brenda Song timang anak lelaki, pilih nama mendiang adik

Brenda dan Macaulay timang bayi lelaki pada 5 April lalu.

PASANGAN selebriti Macaulay Culkin dan Brenda Song mengumumkan bahawa mereka baharu sahaja menimang cahaya mata lelaki pada 5 April lalu.

Menerusi laporan Hollywoodlife, pasangan itu memilih nama Dakota Song Culkin sempena memperingati mendiang adik kepada Macaulay yang meninggal dunia pada 2018 akibat kemalangan kereta.

Dalam pada itu, Brenda yang berusia 33 tahun itu memberitahu dia melahirkan bayinya di Los Angeles dan kini mereka dalam keadaan baik.

"Kami sangat gembira," kata Brenda menerusi kenyataan yang diberikan kepada media.

Brenda menjalinkan hubungan dengan pelakon berusia 40 tahun itu pada 2017 dan mula mendedahkan hubungan cinta mereka menerusi temu bual majalah Esquire pada tahun lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia