suria

Timang cahaya mata selepas 10 tahun berkahwin, isteri Irwansyah dapat hadiah sebutir berlian

Nagita memberi hadiah tersebut ketika menziarahi Zaskia di kediamannya.

PELAKON Nagita Slvina tumpang gembira dengan kelahiran cahaya mata pertama rakannya iaitu Zaskia Sungkar bersama pasangan Irwansyah baru-baru ini.

Menariknya, bukan sahaja memberi hadiah kepada bayi sulung pasangan itu sahaja tetapi isteri kepada selebriti terkenal Raffi Ahmad itu juga memberikan kejutan kepada Zaskia.

Menerusi saluran YouTube The Sungkars Family, Nagita memberikan kejutan istimewa dengan menghadiahkan Zaskia sebutir berlian kepada Zaskia.

"Selalunya, anak sahaja tapi ni saya beri juga berlia kepada ibunya. Ibunya juga perlu diberi perhatian juga sebab sudah melahirkan seorang bayi," kata Nagita.

Isteri kepada penyanyi Irwansyah melahiran bayi lelaki yang diberikan nama Ukkasya Muhammad Syahki pada 31 Mac lalu selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga. - Liputan6

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain