suria

Diam-diam buat amal! Bintang ‘The Penthouse’ Lee Ji Ah hulur sumbangan bantu pelajar yang terkesan pandemik Covid-19

Lee Ji Ah hulur sumbangan kepada pelajar miskin secara diam-diam.

PELAKON drama The Penthouse, Lee Ji Ah bermurah hati menghulurkan sumbangan untuk pelajar yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Menurut laporan Soompi, satu pertubuhan amal iaitu Green Umbrella Children’s Foundation (ChildFund Korea) mendedahkan aktres cantik itu memberikan sumbangan berupa alat teknologi bagi membantu pelajar yang memerlukan.

Sumbangan itu bertujuan memudahkan pelajar kurang berkemampuan meneruskan sesi pembelajaran secara jarak jauh.

Lee Ji Ah dikatakan mengemukan idea sumbangan tersebut selepas melihat sendiri kesukaran para pelajar menjalani sesi pembelajaran atas talian.

Sementara itu, Presiden ChildFund Korea iaitu Lee Je Hoon berkata bantuan yang dihulurkan Lee Ji Ah sedikit sebanyak dapat membantu anak-anak daripada keluarga berpendapatan rendah.

"Pandemik Covid-19 menyebabkan timbul ketidaksetaraan antara pelajar sehingga menjadi semakin parah, lebih-lebih lagi soal ekonomi keluarga membataskan pembelajaran jarak jauh.

"Pendidikan kini sudah menjadi sebahagian norma baharu dalam kehidupan pelajar, justeru itu kami sentiasa memerlukan sokongan bagi meneruskan kehidupan dan membantu anak-anak daripada keluarga kurang mampu.

"Kami berterima kasih kepada Lee Ji Ah atas sokongan dan bantuan yang diberikan kepada anak-anak ini," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain