suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ini sebenarnya helah Park Seo Joon yang ramai tak tahu, sengaja guna nama betul apabila...

Park Seo Joon lebih suka buat kerja amal secara diam-diam.

WALAUPUN bergelar salah seorang pelakon popular Korea Selatan, perkara itu langsung tidak membuatkan aktor Park Seo Joon mendabik dada atau lupa diri.

Terbaharu, satu rahsia mengenainya terbongkar menerusi sebuah program TV di mana Seo Joon, 33, sebenarnya seorang yang sangat pemurah dan sering menderma kepada badan kebajikan tanpa diketahui identitinya oleh mana-mana pihak.

Ia termasuk agensi pengurusannya sendiri yang langsung tidak mengetahui sumbangan amal tersebut kerana Seo Joon akan menggunakan nama sebenarnya, Park Yong Gyu untuk tujuan merahsiakan perkara itu.

Pelakon What's Wrong with Secretary Kim itu sebelum ini dilaporkan telah menyumbang wang tunai sebanyak AS$89,400 (RM370,000) kepada pertubuhan Hope Bridge susulan insiden kebakaran hutan di daerah Gangwon pada tahun 2019.

Hope Bridge juga dipercayai tidak mengetahui sumbangan itu datang daripada aktor terkenal tersebut.

Selain itu, Seo Joon baru-baru ini juga dilaporkan telah menderma sebanyak AS$89,400 (RM370,000) kepada sebuah pertubuhan amal yang membantu mana-mana individu yang terkesan sepanjang pandemik Covid-19. - Koreaboo

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain