suria

Vanessa Angel dikecam jual telekung corak haiwan… pendakwah popular akhirnya bersuara jawab tentang hukum!

Vanessa muat naik video tarian mempromosikan telekung sempena Ramadan.

TINDAKAN pelakon kontroversi Indonesia Vanessa Angel menari sambil memakai telekung bertujuan untuk mempromosikan pakaian solat muslimah itu menerima kecaman netizen.

Selain kritikan mengenai aksi tariannya, netizen turut mempertikaikan mengenai corak dan motif pada kain telekung itu yang dilihat tidak sesuai digayakan semasa bersolat.

Ini kerana telekung yang dipakai itu memperlihatkan corak haiwan seperti burung berwarna hitam dan putih.

Menyedari komen yang ditulis pengikut itu, Vanessa mempersoalkan semula mengenai hukum mengenakan telekung dengan corak sedemikian.

"Jadi sebenarnya boleh ke tidak pakai telekung bergambar binatang, selama ini ibadahku kusyuk dan tidak mengganggu jumlah beras keluargamu? Mohon bantu jawab ya guys," tulisnya.

Vanessa promosi telekung bersama model Nathalie di Instagram.

Pertanyaan Vanessa menerima pelbagai reaksi daripada pengikut dan ada yang memintanya merujuk kepada ahli agama.

Tidak lama kemudian, pendakwah Ustaz Riza Muhammad tampil menjelaskan mengenai hukum memakai telekung dengan corak haiwan.

"Telekung yang baik adalah yang mengingatkan kita pada kain kafan. Yang berwarna sahaja harus berhati-hati, apa lagi yang bergambar.

"Kalau gambar itu menganggu orang di belakangnya kerana lebih fokus pada gambar daripada mengingati Allah, maka berdosa," jelasnya.

Bersempena kedatangan Ramadan, Vanessa Angel mengambil kesempatan menjalankan perniagaan menjual telekung.

Selain Vanessa, isteri Sule iaitu Nathalie Holscher turut membantu mempromosikan perniagaan pakaian solat itu.

SUMBER: DetikHot

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain