suria

15 tahun kenal, Dimas Beck mengaku sayang Laudya Cynthia Bella

Dimas dan Laudya sudah berkawan sejak 15 tahun lalu.

KEHIDUPAN peribadi Dimas Beck jarang dikongsikan kepada umum namun baru-baru ini menerusi saluran YouTube Nikita Mirzani, anggota kumpulan Bukan Bintang Biasa itu bercerita mengenai ciri-ciri wanita idamannya.

Memetik laporan Liputan6, Dimas mendedahkan salah seorang wanita idamannya adalah Laudya Cynthia Bella dan turut mengakui dia sangat menyayangi aktres tersebut

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami sudah kahwin lain, peminat doakan Laudya Cynthia Bella ada jodoh dengan Dimas Beck

"Bagi saya, Bella seorang yang sangat baik. Saya sangat sayang dia, benar-benar menyayanginya. Kami dah melalui macam-macam cabaran bersama sebab sudah lama mengenali satu sama lain," katanya.

Sebelum ini, Laudya yang juga salah seorang pelakon filem Syurga Yang Tak Dirindukan itu digosipkan bercinta dengan pelakon senegara, Dimas Beck.

Namun begitu, selepas 15 tahun berkawan, kedua-duanya pernah tampil menjelaskan bahawa hubungan mesra di antara mereka tidak lebih sekadar sebagai seorang sahabat baik.

Selain Laudya, Dimas turut memberitahu dia sangat mengagumi dan memuji kecantikan selebriti terkenal Luna Maya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain