Angelina Jolie tak kisah Brad Pitt pegang tangan Jennifer Aniston - Bintang Global | mStar

Angelina Jolie tak kisah Brad Pitt pegang tangan Jennifer Aniston

Angelina tidak kisah mengenai Jennifer dan Brad.

PERTEMUAN semula pelakon Jennifer Aniston dengan bekas suaminya yang juga pelakon Brad Pitt di Anugerah SAG baru-baru ini menarik perhatian netizen.

Rata-rata netizen teruja melihat pasangan itu berpegangan tangan dan ada segelintir mereka yang ingin mengetahui perasaan bekas isteri Brad iaitu Angelina mengenai perkara tersebut.

Menerusi laporan Hollywoodlife, sumber terdekat memberitahu Angelina tidak kisah dengan perkara itu memandangkan dia sudah mengetahui hubungan antara Brad dan Jennifer.

Netizen teruja melihat pertemuan semula Jennifer dan Brad.

"Angelina tidak kisah mengenai pertemuan semula Jennifer dan Brad di SAG baru-baru ini. Dia sudah lama mengetahui mereka berdua hanya berkawan.

"Namun dia tidak mahu membiarkan isu tersebut memakan dirinya," kata sumber. Brad pernah berkahwin dengan Jennifer namun bercerai dan kemudian berkahwin dengan Angelina.

Dia dan Angelina mendirikan rumah tangga pada 2014 selepas 10 tahun bercinta dan bercerai pada September 2016.

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

“Saya OK Muhyiddin jadi PM” – Tun M

6 polis cedera helikopter terhempas