Raih anugerah Akaun Paling Disayangi di Instagram bukti Lisa Blackpink selebriti Kpop paling berpengaruh! - Bintang Global | mStar

Raih anugerah Akaun Paling Disayangi di Instagram bukti Lisa Blackpink selebriti Kpop paling berpengaruh!

Lisa berjaya meraih anugerah Most Beloved Account daripada Instagram Korea.

AHLI kumpulan Blackpink iaitu Lisa diumum sebagai pemenang anugerah bagi kategori Akaun Paling Disayangi (Most Beloved Account) pada majlis tahunan penganugerahan Korea 2019 baru-baru ini.

Anugerah terbabit dinilai berdasarkan jumlah tontonan, komen, serta tanda suka yang diterima Lisa pada akaun Instagram miliknya sepanjang tahun lalu.

Lisa dikatakan telah menjadi artis Kpop paling berpengaruh sejak tahun 2018 apabila mendominasi industri Kpop dan menewaskan selebriti lain dengan 28.7 juta pengikut di Instagram.

"Ia merupakan suatu penghargaan yang amat besar apabila akaun Instagram saya dipilih sebagai akaun paling digemari ramai.

"Terima kasih atas sokongan anda, saya akan terus berusaha untuk menjadi penghibur dan akan sentiasa meluangkan masa untuk berinteraksi dengan peminat.

"Bukan sahaja peminat daripada Korea tetapi di seluruh negara!" ujarnya.

Kumpulan Blackpink dianggotai oleh Jennie, Jisoo, Lisa dan Rose.

Penyanyi berusia 23 tahun ini mula mendaftar di aplikasi sosial tersebut pada bulan Jun 2018 dan pencapaiannya itu disifatkan luar biasa kerana berjaya meraih pengikut yang begitu ramai dalam masa kurang setahun.

Selain Lisa, Rose turut menerima anugerah bagi kategori Video Paling Disukai (Most Loved Video) apabila video disebalik tabir persembahan kumpulan Blackpink ketika di Coachella sebelum ini mendapat jumlah tontonan paling tinggi di Instagram.

"Saya hanya merakam momen ketika kami bergembira di Coachella... tak sangka peminat menghargai video itu sehingga saya berjaya meraih anugerah ini.

"Saya akan terus memuat naik posting dengan content yang lebih menarik untuk anda lihat," katanya.

Selain Lisa dan Rose, kumpulan ini turut dianggotai oleh Jennie dan Jisoo.

Blackpink menjadi kumpulan berasal dari Korea Selatan yang memiliki peminat di serata dunia. - Allkpop.com

Blackpink , Lisa , Rose

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain