suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Miley Cyrus tak nak tahu mengenai hubungan cinta Liam Hemworth dengan Gabriella Brooks

Miley tidak mahu bertanya pada rakan rapat mengenai hubungan Liam dan Gabriella.

HUBUNGAN cinta pelakon Liam Hemsworth dan kekasih barunya, Gabriella Brooks bukan lagi rahsia selepas pasangan itu kelihatan bersama di Australia baru-baru ini.

Menurut Hollywoodlife, bekas isteri Liam iaitu penyanyi Miley Cyrus enggan mengambil tahu mengenai hubungan Liam dan Gabriella.

"Miley tidak bertanya pada kawan-kawan terdekat mereka mengenai hubungan cinta baharu Liam. Dia tidak mahu membuat semua orang rasa kurang selesa.

Liam kini bercinta dengan Gabriella.

"Malah, rakan-rakan rapat mereka juga enggan bercakap mengenai perpisahan pasangan itu.

"Keputusan Miley dan Liam untuk berpisah bukan sahaja memberi kesan kepada keluarga, malah rakan-rakan rapat juga," kata sumber.

Pada Ogos tahun lalu, Miley mengejutkan dunia hiburan apabila mengumumkan perpisahan dengan Liam selepas hanya lapan bulan berkahwin.

Miley kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi Cody Simpson.

Artikel Lain