suria

“Ada sesiapa boleh tolong?” - Nia Ramadhani takut goreng telur, bimbang terkena minyak panas

Nia menyahut cabaran menggoreng telur mata.

NAMA pelakon Nia Ramadhani kembali menjadi perbualan hangat netizen dan trending di laman Twitter pada Selasa.

Ini berikutan tersebarnya video aksi spontan Nia menggoreng telur dalam program Ngopi Dara yang dimuat naik di Youtube.

Dalam video tersebut, Nia dan tetamu undangan Yasmine Wildblood berentap dalam cabaran menggoreng telur mata dengan cara betul.

ARTIKEL BERKAITAN: Nia Ramadhani gagal buka pintu bilik kerana terlalu canggih, anak beri cadangan guna pisau

ARTIKEL BERKAITAN: Kehidupan serba mewah hingga tiada masa untuk sibuk, Nia Ramadhani terpaksa makan ais krim untuk isi masa lapang

Bagaimanapun, aksi Nia menghiburkan penonton apabila dia ketakutan kerana bimbang terkena minyak panas.

"Ini perkara mudah, saya selalu buat. Alamak... tak boleh, soalnya minyak meletop-letop ya.

Nia bersama pelakon Yasmine.

"Ada sesiapa boleh tolong, minyak terlalu banyak ni. Kita (duduk) jauh-jauh dulu," kata Nia kepada Yasmine.

Bagaimanapun, menerusi laman Instagram, Nia memberitahu dia hanya berlakon dan berpura-pura tidak tahu menggoreng telur dalam program tersebut.

"Saya berlakon bagus sekali kan? Seolah-olah macam betul-betul tak pandai masak," tulis Nia.

Sebelum ini, nama Nia menjadi perbualan netizen di Indonesia apabila mengakui tidak tahu mengupas buah salak.

Isteri kepada Ardi Bakrie ini boleh dikatakan memiliki kehidupan serba mewah selepas berkahwin dengan suaminya pada April 2010.

Nia Ramadhani

Artikel Lain