suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Baim Wong pecat pemandu peribadi selepas kantoi mencuri

Baim memberhentikan pemandu peribadinya demi keselamatan keluarga.

PELAKON Baim Wong dan isterinya, Paula Verhoeven mengambil keputusan untuk memberhentikan pemandu peribadi mereka iaitu Hamzah demi keselamatan keluarganya.

Menurut laporan Liputan6, keputusan tersebut dibuat selepas Hamzah dipercayai mempunyai masalah suka mencuri di rumah mereka.

Baim menerusi video di Youtube menegaskan Hamzah kini tidak lagi mempunyai sebarang kaitan dengan keluarganya.

Baim dan isterinya, Paula.

"Mulai hari ini, Hamzah sudah tidak lagi bersama kami. Kami juga mahu menegaskan dia tidak ada kena mengena dengan keluarga saya.

"Jadi, saya harap dia jangan menggunakan nama keluarga saya untuk buat sesuatu perkara yang tidak baik di luar sana," katanya.

Bagaimanapun, Baim memohon maaf kerana terpaksa memberitahu kepada perkara tersebut secara umum.

Baim Wong

Artikel Lain