suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kim Kardashian ‘update’ progres cita-cita jadi peguam, tak hiraukan pengkritik

Kim Kardashian mahu ikut jejak langkah mendiang bapanya iaitu Robert Kardashian yang merupakan peguam terkenal di Los Angeles.

BINTANG realiti televisyen, Kim Kardashian berkata dia sudah berjaya menghabiskan tahun pertama pengajiannya dalam bidang undang-undang.

Isteri kepada penyanyi rap Kanye West ini turut menjelaskan dia bakal melancarkan sebuah dokumentari tentang sokongannya kepada kempen penambahbaikan undang-undang pembelaan terhadap pesalah jenayah.

Kim mula menunjukkan minatnya terhadap bidang undang-undang selepas berjaya membebaskan dua wanita daripada penjara kerana dikatakan tidak mendapat keadilan sepatutnya.

Kim Kardashian dan suaminya, Kanye West.

"Saya sudah biasa dikritik, jadi ia tidak mendatangkan kesan kepada saya.

"Saya benar-benar sedang beri tumpuan dengan apa yang saya usahakan ini, semua ini dilakukan bukan untuk kemegahan namun kerana saya peduli terhadap nasib mereka yang tidak bersalah," katanya seperti yang dilaporkan malaymail.

Kim, 39, juga berkata dia menghabiskan kira-kira 20 jam setiap minggu dan baharu sahaja menyelesaikan tahun pertama pengajian yang bakal mengambil masa selama empat tahun di California.

Dia turut merancang untuk mengambil peperiksaan bar (peperiksaan perundangan) pada 2022.

Untuk rekod, mendiang bapa Kim Kardashian iaitu Robert Kardashian merupakan peguam terkenal di Los Angeles.

Kim Kardashian, Kanye West

Artikel Lain