Sun Fabulous Bakal Tembusi Pasaran Runcit

Izdihar bersama rangkaian produk keluaran Sun Fabulous Sdn Bhd. Foto RICKY LAI/The Star

PETALING JAYA: Selepas kejayaan produk makanan tambahan Chew N' Glow, Sun Fabulous Sdn Bhd melangkah setapak lagi dengan mengembangkan rangkaian produk lain keluaran syarikat berkenaan.

Buat pertama kali, tiga produk  bakal menembusi pasaran runcit di rangkaian kedai serbaneka terulung di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Izdihar Rosland berkata, produk tersebut adalah Purity yang berfungsi untuk menanggalkan mekap, pelembap dan penyegar muka, pengilat kuku B-Shine, termasuk maskara yang kini dalam proses penjenamaan semula.

Purity antara produk yang bakal menembusi pasaran di rangkaian kedai serbaneka 7-Eleven.

Katanya, ketiga-tiga produk untuk keperluan wanita yang mementingkan kecantikan itu bakal dipasarkan di rangkaian kedai serbaneka 7-Eleven di seluruh negara, menjelang suku pertama tahun depan.

“Kenapa 7-Eleven? Ia menjadi pusat sehenti kepada orang ramai mendapatkan barang keperluan dengan segera bila-bila masa kerana waktu operasinya 24 jam dan rangkaian cawangannya begitu meluas di seluruh negara.

“Kalau wanita terdesak untuk dapatkan barang keperluan ini sebelum ke mesyuarat awal pagi, tak kan kena tunggu farmasi atau kedai lain buka dulu, jadi mereka boleh terus mendapatkannya di 7-Eleven,” katanya kepada mStar Online, baru-baru ini.

Izdihar mahu mengembangkan lagi pasaran produk lain selepas kejayaan Chew N' Glow.

Izdihar berkata, sebelum ini pasaran ketiga-tiga produk tersebut hanya menumpukan jualan secara dalam talian. 

Ditanya mengapa memilih pasaran runcit, katanya, kebiasaannya pengusaha produk kecantikan hanya menggunakan rangkaian pemasaran seperti ejen dan stokis.

“Tapi cara kita ini lebih mudah di pasaran runcit apabila memaklumkan kepada pengguna secara terus mengenai lokasi bagi mendapatkan produk terbabit,” katanya.

Menurut Izdihar, pasaran runcit di rangkaian 7-Eleven disasarkan sekurang-kurangnya satu di setiap daerah bagi memudahkan pengguna mendapatkan produk.

Beliau menambah, pemilihan cawangan berdasarkan kepadatan penduduk di setiap lokasi, berikutan pasarannya lebih meluas di kawasan berdekatan dengan perumahan.

Sun Fabulous mahu mewujudkan pusat sehenti sendiri pada masa akan datang.

Ketika ini, pihaknya di peringkat membuat persediaan untuk pusat pengedaran di Shah Alam bagi memastikan pemasaran produk berjalan lancar.

Mengenai cabaran, katanya, terdapat tiga perkara yang perlu ditekankan iaitu promosi dan pengiklanan (A&P), kos pengeluaran dan ketidaktentuan ekonomi.

Sehubungan itu katanya, A&P perlu diperkukuhkan  bagi memastikan produk dikenali dan mendapat sambutan yang memberangsangkan untuk melariskan jualan, sekali gus membantu menampung kos pengeluaran sebelum perolehan keuntungan, dan pada masa sama, pasaran dalam talian juga perlu seiring.

“Saya menjangka penembusan pasaran runcit ini mencatatkan jualan bulanan RM1 juta untuk setiap produk yang dijual di rangkaian kedai serbaneka.

“Dengan mengukuhkan jenama-jenama ini di pasaran runcit, ia akan membantu syarikat untuk mewujudkan pusat sehenti sendiri pada masa akan datang,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain