suria

Piza Chicken Cheesy Bites Kembali Ke Pasaran Malaysia

RANGKAIAN piza terbaik Malaysia, Pizza Hut memperkenalkan kembali Piza Chicken Cheesy Bites berikutan sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Merril Pereyra berkata, Pizza Hut mengembalikan menu yang popular itu bagi memberikan satu hidangan dengan kenikmatan penuh kejutan keju yang enak di dalam setiap gigitan dan direka khas untuk keseronokan dan kelazatan maksimum kepada pelanggan.

Piza edisi ini boleh didapati di semua cawangan Pizza Hut seluruh negara sejak Oktober hingga Disember 2017.

Piza Chicken Cheesy Bites didatangkan dalam 18 kerak piza, keju ceddar dan mozarella, ayam peperoni, bebola daging dan cebisan daging ayam di atas sos tomato salsa dan keju.

Pizza Hut akan memperkenalkan tambahan terbaru bersama-sama Piza Chicken Cheesy Bites, Cheesy Bites dan Cheesy Dip dengan keju dua kali ganda lebih keju, yang boleh didapati pada 15 November ini.

Piza Chicken Cheesy Bites ini boleh dibeli melalui pesanan ala carte dengan harga RM35.50 (saiz biasa) dan bagi pilihan kombo bermula RM37.90 dan RM69.90 bagi dua dan empat orang.- Sinar Harian



Cheesy Bites, Pizza Hut

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain