PERKAHWINAN bukan sekadar hidup bersama di bawah satu bumbung, tetapi lebih kepada perkongsian rasa, kasih sayang dan penghormatan antara suami isteri. Bagaimanapun, seorang wanita merasakan hubungannya bersama suami hambar kerana tidak wujud lagi perasaan tersebut namun tetap bertahan kerana anak-anak. Menerusi sebuah video tular di TikTok, wanita ini berkongsi detik-detik perubahan dalam rumah tangganya yang kini memasuki usia 15 tahun. "Bila perkahwinan memasuki umur sedekad. Anda faham-faham je la. Saya selalu ungkapkan 'tinggalkan saja saya' sebab saya rasa hubungan kami ni terikat hanya kerana anak je. "Tak ada istimewa antara kami. Saya rasa kosong. Saya rasa dia tak happy bila dengan saya. Sejujurnya saya rindukan dia masa sebelum kahwin," tulisnya pada video yang dikongsi. Wanita ini berkongsi suka duka kisah rumah tangganya di TikTok. Wanita ini berkongsi video ketika dia mengerjakan umrah pada Oktober 2024 bersama suami dan secara bersendirian selama 20 hari pada Disember tahun sama. "Sepanjang umrah sendirian, saya tak pernah doakan suami langsung sebab saya dah ikhlas terima jalan yang Allah beri pada saya. "Ada satu doa saya ulang-ulang, Ya Allah aku rasa kosong dalam hati aku Ya Allah. Ya Allah, isi la rasa kosong itu dengan rasa mencintai-Mu Ya Allah," ujarnya. Tanpa disangka-sangka, kepulangannya dari umrah pada Disember tahun lalu itu membawa satu perubahan besar dalam hubungan mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tergores hati, suami terus terang pilih utamakan adik-beradik... Beri alasan jika bercerai terus tiada kaitan ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak sangka suami sanggup scam bini sendiri! Masa bercinta izin jadi suri rumah, lepas kahwin tak bagi resign Wanita itu amat bersyukur apabila suaminya berubah dengan kembali menjadi lelaki penyayang dan menghargai dirinya. Menerusi video yang dikongsi, dia turut menunjukkan perbezaan ketara dari segi reaksi dan senyuman suaminya yang sebelum ini nampak tidak ceria tetapi kini kelihatan gembira serta ikhlas senyumannya. "Anda bezakan senyum dia sebelum ni dengan sekarang. Terima kasih Ya Allah. Alhamdulillah Allah bukan penuhkan bukan hati saya je rasa cinta kepada-Nya. "Tapi Allah sedarkan juga suami dengan apa yang dia dah abaikan pada saya selama ini. Allah Maha Baik. Selamat memasuki tahun ke 15 bersama. Kami memang duduk serumah, tiada pergaduhan besar pun. Tapi masing-masing dengan hal sendiri. ISTERI "Moga Allah panjangkan rasa cinta, kasih dan sayang ini hingga akhir hayat kita. Saya perlukan seorang teman hidup yang berkongsi rasa bukan sekadar suami. Semoga Allah jodohkan kita hingga ke syurga," jelasnya lagi. Hantaran yang dibuat oleh wanita ini di akaun TikTok miliknya, Bungalilyspa turut dikongsikan semula di beberapa platform media sosial lain. Di Threads, seorang pelayar yang berkongsikan video tersebut berkata dia sebak melihat video perjalanan kisah rumah tangga wanita tersebut. "Saya sebak tengok video akak ni, betul orang kata letak Allah pertama dalam apa jua keadaan, mesti Allah jaga dan bagi yang terbaik untuk kita," katanya. Wanita itu kemudian tampil menjelaskan bagaimana situasi rumah tangganya sebelum ini yang dingin dan hambar sehingga dia berasa terasing dengan suami walaupun tinggal sebumbung. Seorang wanita meluahkan rasa syukur perkahwinannya kini semakin bahagia. "Kami memang duduk serumah, tiada pergaduhan besar pun. Tapi masing-masing dengan hal sendiri. Kalau keluar, saya lebih gembira bersama kawan-kawan, dia pun sama. Saya rasa tak best sebab nama je suami isteri tapi tak macam pun. "Duduk serumah tapi saya banyak je sakit hati dengan dia. Tak rasa hormat dia sebagai suami sebab rasa dia tak hormat dan tak anggap saya isteri. Jadinya tu la saya selalu cakap berpisah saja. "Tak layak saya nak bagi tip. Tapi komunikasi memang gagal sejak kahwin. Syukur selesai semua lepas saya balik umrah sendiri hari tu. Apa salahnya kita kongsi kebahagiaan dengan orang. "Tak faham kenapa orang bitter (tak sokong) dengan apa kita post. Tak suka tak payah tengok, kalau suka komen la yang baik-baik," jelasnya yang turut memberi membidas komen netizen berhubung kemesraan dengan suami yang dianggap tak patut dipaparkan.