suria

Lepas berjaya ‘nego’ hantaran rendah, pemuda ajak bakal isteri kongsi kos majlis kahwin pula! Nak buat gah tapi kedekut

Seorang lelaki enggan mengeluarkan banyak belanja untuk majlis perkahwinannya. -Gambar hiasan

KETIKA ramai wanita mahu melangsungkan perkahwinan impian yang sempurna dan meriah, lain pula bakal pengantin perempuan ini yang memilih mengadakan majlis ringkas.

Bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi bersama jejaka pilihan, dia gembira kerana perkara paling penting iaitu wang hantaran telah mencapai kata sepakat antara kedua-dua belah pihak.

"Saya hanya nak buat akad nikah yang biasa-biasa tanpa majlis. Pada awalnya, boyfriend saya bersetuju sangat sebab saya ni memudahkan urusan dia.

"Soal hantaran pun saya putuskan untuk berbincang dengan ayah saya supaya letak hantaran yang murah-murah," katanya menerusi satu hantaran Facebook.

Seorang wanita memikirkan soal jodoh. -Gambar hiasan

Bercerita lanjut, katanya, dia membuat keputusan sebegitu kerana mahu membantu memudahkan urusan bakal suami dan keluarganya.

Malah dia turut berharap agar wang yang dijimatkan itu dapat digunakan mereka untuk urusan lain selepas berkahwin.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak nikah duda, wanita ‘seram’ tengok bakal mentua asyik kutuk bekas menantu... Tak mustahil terima nasib sama

ARTIKEL BERKAITAN: Rancang majlis kahwin ala ‘open house’, wanita tak mahu naik pelamin... Paling penting tetamu dapat makan sedap!

Namun kata wanita itu, rancangannya terjejas apabila keluarga bakal mentua mempunyai perancangan yang berbeza.

"Keluarga boyfriend masih nak buat makan-makan dan berganti dulang (hantaran)," ujarnya.

Lebih merumitkan keadaan apabila teman lelakinya sendiri enggan mengeluarkan belanja untuk majlis perkahwinan mereka.

"Masalahnya dia tak nak keluarkan duit dia... dia berharap saya kongsi dengan dia sedangkan saya ni dah cuba sehabis baik nak jimat kos sebab saya ni bukan orang senang.

Awal-awal dah tunjuk perangai tamak, tak bertanggungjawab.

WARGA MAYA

"Nak kena tanggung keluarga. Mak ayah dah tua, sebab itu juga saya nak buat nikah saja. Kalau buat makan-makan pun saya nak jemput keluarga rapat saja.

"Tapi yang jadi masalah sekarang ni dia nak hantaran murah. Lepas tu dia nak ajak saya kongsi duit untuk buat majlis makan," jelasnya.

Setiap ibu mahu yang terbaik untuk anak-anak. -Gambar hiasan

Bukan tidak mahu, tetapi wanita itu lebih memikirkan rancangan selepas berkahwin selain tidak mempunyai bajet yang mencukupi untuk berbuat demikian.

"Dulang tu nak berbalas bukannya sikit, lepas tu majlis makan-makan nak buat dekat tempat yang eksklusif.

"Saya tahu dia tak mampu, sebab itulah saya tak nak buat majlis. Tapi dia nak ajak saya kongsi (kos) pula," katanya yang buntu dengan isu dihadapinya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya berpandangan bahawa bakal suami wanita itu sudah menunjukkan tanda-tanda tidak mahu bertanggungjawab, dan keadaan diramal menjadi lebih parah sekiranya dia meneruskan rancangan perkahwinan.

"Move on sementara masih boleh. Belum kahwin dah red flag. Jangan fikir malu tak jadi kahwin. Fikir jauh tentang masa depan anda.

"Belum kahwin dah demand, apatah lagi dah kahwin nanti, stres lagi dengan perangai mereka (bakal mentua).

"Awal-awal dah tunjuk perangai tamak, tak bertanggungjawab. Dengan famili dia sendiri pun dia tak boleh tegas. Esok dah kahwin, famili dia pula atur susun hidup kahwin korang," demikian antara komen warga maya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain