suria

Anggap diri hanya ‘rumah singgah’, kanak-kanak perempuan acah ‘broken’ di TikTok... Netizen risau anak kecil dibiar guna sosial media

Netizen risau melihat kanak-kanak bawah umur bebas membuat perkongsian di media sosial.

PENGGUNAAN media sosial dalam kalangan kanak-kanak bawah umur sememangnya wajar diberi perhatian oleh ibu bapa.

Dengan pelbagai kandungan yang tidak terkawal, kebebasan itu dikhuatiri bakal mempengaruhi kanak-kanak untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

Terbaharu, seorang kanak-kanak perempuan tular selepas dia memuat naik foto dengan meletakkan kapsyen dengan menggelar dirinya sebagai 'rumah singgah' di aplikasi TikTok.

Story on educate student/secondary school how to using sosial media correctly.

Banyak kandungan di media sosial tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah umur. -Gambar hiasan

Kapsyen itu dipercayai merujuk kepada lagu popular berjudul Rumah Singgah dendangan penyanyi Indonesia, Fabio Asher.

Lagu yang meruntun hati itu berkisar tentang individu yang sekadar menjadi 'persinggahan' untuk mengubati hati orang yang sedang terluka.

Lirik yang 'deep' dan bercerita tentang percintaan orang dewasa itu dianggap tidak sesuai untuk golongan kanak-kanak.

Kanak-kanak tak patut diberi kebebasan guna media sosial, gajet hanya untuk pendidikan saja.

NETIZEN

Perkongsian kanak-kanak perempuan itu hingga kini meraih lebih 160,000 tontonan.

Di ruangan komen, ramai netizen turut meninggalkan komen kecaman dan berjenaka tentang usia kanak-kanak itu yang dianggap terlalu muda untuk bercinta.

"Awalnya dia jadi rumah singgah. Besar sikit lagi jadi rumah sewa pula.

ARTIKEL BERKAITAN: “Orang cakap saya tak perlu buat video sebab gemuk” - Ramai followers, kecaman pun banyak... gadis berbadan ‘comel’ tak akan berhenti main TikTok

ARTIKEL BERKAITAN: Syamimia ‘dihukum’ tentera bawang! Hilang ratusan ribu pengikut TikTok gara-gara isu Palestin... Tenang kongsi video bancuh kopi

"Tak apa dik, muda lagi. Belajar rajin-rajin dulu dik. Enjoy masa sekolah tau.

"Aku dah umur 22 ni mungkin jadi rumah hantu kot. Orang nak masuk tapi takut-takut.

"Allahu dik, dah tengok jadual masuk buku dalam beg belum ni?" tulis beberapa netizen.

Perkongsian TikTok kanak-kanak itu turut tersebar di laman X sehingga menjadi topik perdebatan warga maya.

Menurut seorang wanita di laman X, dia berpendapat kanak-kanak tidak wajar diberi kebebasan untuk menggunakan media sosial, apatah lagi berkongsi kandungan yang boleh ditonton umum.

media sosial (3)

Kanak-kanak sepatutnya menikmati zaman kecil tanpa dipengaruhi trend-trend mengarut di media sosial. -Gambar hiasan

"Saya akan berkata terus terang dan saya minta maaf kerana saya tahu ada kawan-kawan saya, anak mereka yang bersekolah dah ada media sosial.

"Kanak-kanak tak perlu ada media sosial. Mereka tak perlu tahu trend terkini di TikTok atau Instagram. Apatah lagi kongsi kandungan sendiri.

"Pada usia mereka, kanak-kanak perlu jadi kanak-kanak. Mereka tak patut diberi kebebasan guna media sosial. Gajet perlu diberi untuk tujuan pendidikan saja," ujarnya.

Ciapan wanita itu turut menerima lebih 3,400 ulang kicau dan ramai netizen turut bersetuju dengan pandangannya tentang isu berkenaan.

"Saya jadi bersyukur sebab zaman kita dulu tiada akses Internet.

"Rakan sekerja saya siap bangga anak sembilan tahun menggedik dik TikTok, buat video bergelek, suruh kita follow TikTok anak dia.

"Aku masa umur macam ni masih bergaduh dengan abang sebab nak main game kat laptop," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain