suria

Keluarga mentua sanjung ex-GF suami, siap ajak ‘menantu’ tak jadi naik pelamin - “Patutnya kau duduk sebelah pengantin lelaki”

Kehadiran bekas kekasih suami di majlis kahwin mengundang rasa kurang senang pengantin perempuan. -Gambar hiasan

HARI pernikahan sepatutnya menjadi momen paling berharga untuk diingati mana-mana pasangan pengantin.

Namun pengalaman berbeza dilalui wanita ini apabila hari bahagianya dicemari dengan kehadiran seorang tetamu wanita.

Lebih menyedihkan lagi apabila keluarga mentuanya begitu menyambut baik wanita yang sebelum ini merupakan bekas kekasih suaminya itu.

"Saya tak tahu nak cerita dekat siapa. Ingatkan ia hari bahagia saya, tapi tidak. Tiba-tiba bertukar menjadi hari paling sedih.

"Masa ustaz tu bercakap-cakap... saya nampak seorang perempuan ni masuk. Dia masuk dengan saudara mewakili keluarga belah suami.

Seorang wanita meluahkan rasa ragu-ragu untuk meneruskan kehidupan berumah tangga selepas kejadian itu. -Gambar hiasan

"Saya tahu perempuan ni bekas kekasih suami saya," ujarnya meluahkan kesedihan tanpa mendedahkan identitinya.

Luahan yang dibuat pengantin itu dikongsikan semula di laman X.

Apa yang membuatkan wanita ini lebih terkilan apabila pihak keluarga pengantin lelaki begitu mesra melayan 'menantu tak jadi' berkenaan.

Seolah-olah tidak menghormati perasaan pengantin, mereka malah memaksa tetamu wanita berkenaan naik ke pelamin untuk bergambar kenangan.

"Masa sudah sah (bergelar suami isteri) tu. Nak bergambar dengan famili sebelah suami saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mentua asyik sindir, cari salah menantu perempuan... anak lelaki dimanja walau tak tunai tanggungjawab

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin biarkan saja air matanya mengalir, tak mampu tahan emosi lihat adik menangis masa jadi wali - “Dah tak boleh manja dengan kakak”

"Awak tahu tak... adik-adik dia tarik tangan perempuan tu bergambar dengan keluarga mereka sekali. Tapi okeylah perempuan tu tak nak. Saya pun gembiralah.

"Tapi lepas habis tu adik dia cakap dekat perempuan tu... akak bergambarlah sekali dengan abang (Aqmal) dan ibu ayah. Saya pun okeylah... terpaksa senyum," katanya.

Sebagaimana diceritakan, dia memahami sejarah hubungan baik keluarga mentuanya dengan wanita berkenaan sebelum ini.

Namun, sikap ahli keluarga suami sewaktu majlis berlangsung tidak dapat diterimanya sebagai menantu.

"Apabila perempuan tu datang dekat, ayah suami saya boleh cakap... patutnya engkau yang (ada) dalam gambar ni nak. Duduk sebelah pengantin lelaki. Hati saya hancur gila... sumpah.

Tolonglah elakkan bekas kekasih datang majlis perkahwinan walaupun dijemput secara baik oleh famili.

NETIZEN

"Ya, saya tahu perempuan tu memang kesayangan ramai termasuk pakcik makcik dia (suami). Mak ayah dia siap beritahu saya jangan pisahkan famili suami dengan perempuan tu.

"Dia bukan sekadar menantu tak jadi tapi sudah dianggap macam anak. Saya sedih sangat. Rasa seperti saya buat keputusan yang salah kahwin ni. Sumpah mood saya nak bersanding pun hilang. Saya menantu mereka kut," ujarnya lagi.

Perkongsian itu menarik perhatian ramai yang rata-rata bersimpati dengan nasib tidak baik dialami pengantin baharu ini.

Rata-ratanya juga tidak bersetuju dengan tindakan dan sikap keluarga belah pengantin lelaki yang begitu tidak sensitif terhadap perasaan menantu mereka.

Komen netizen pada hantaran memberikan pendapat.

"Saya tak faham kenapa ada keluarga mentua kena berperangai macam ni.

"Ala sedihnya, tolonglah elakkan bekas kekasih datang majlis perkahwinan walaupun dijemput secara baik oleh famili.

"Sedihnya... tolonglah ibu bapa jadi matang sikit benda macam ni. Pertama sekali, tak malu ke datang majlis bekas kekasih?

"Kedua, kalau pakcik sedih, pakcik je kahwin dengan perempuan tu," komen warganet.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain