suria

Hati berbunga dapat suami sweet, kalau gaduh pasti beri minum! Dah setahun kahwin baru tahu diberi air campur ludah

Makanan sering dijadikan bahan perantara untuk menghantar sihir. -Gambar hiasan

PERTENGKARAN yang berlaku di antara pasangan suami isteri merupakan asam garam dalam kehidupan berumah tangga.

Maka tidak hairanlah apabila masyarakat dahulu mengibaratkan hubungan suami isteri bagai gigi dan lidah kerana hubungan antara kedua-duanya yang kekal terpelihara meskipun kadang kala ada yang terluka.

Begitulah situasi yang dialami seorang pelayar X ini apabila dia dan suami kembali mesra selepas pergaduhan berlaku.

Malah sepanjang tempoh perkahwinan, suaminya akan menghidangkan air apabila mereka bergaduh bagi menjernihkan suasana yang tegang.

Masyarakat masa kini masih melakukan amalan kurafat. -Gambar hiasan

Masyarakat masa kini masih melakukan amalan kurafat. -Gambar hiasan

“Saya dah setahun berkahwin dan sepanjang tempoh ni, memang ada pergaduhan kecil berlaku tapi tak pernah tinggikan suara.

“Dia pula akan sediakan air manis dan dah macam tabiat sebab setiap kali bergaduh memang dia akan buat... rasa sweet sangat,” ujarnya.

Tingkah laku yang ditunjukkan suaminya itu membuatkan dia rasa dihargai dan disayangi.

Bagaimanapun, baru-baru ini dia terkejut melihat tindakan suaminya yang meludah ke dalam minuman yang mahu diberikan kepadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita masuk Siam santau bekas kekasih, geram lepas terlanjur! Terkejut dapat tahu sudah meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta dicalit minyak dagu, pemandu mengantuk sampai kemalangan! Ustaz ini bongkar amalan sihir pemusnah

Segala rahsia terbongkar selepas dia melihat perbuatan jijik tersebut ketika suaminya sedang membancuh air di dapur.

Lebih menyedihkan apabila si suami mengaku ia adalah satu hukuman untuknya kerana pergaduhan yang tercetus.

“Rupanya selama ni dia ludah dalam air dan semalam dia cakap perbuatan tu macam ‘padan muka’.

“Tak tahu macam mana nak gambarkan selepas tahu, memang geli sangat. Tak pasti dia ada buat perkara yang lebih teruk atau tidak.

Permulaan sihir nak bagi isteri sayang dengar kata suami.

WARGA MAYA

“Tapi sebelum ni pernah cirit birit sebab makan masakan dia selepas kami bertengkar,” luahnya lagi.

Perkongsiannya itu membuatkan warga maya meluahkan kebimbangan sekiranya dia menjadi mangsa sihir.

Malah ramai yang mendedahkan bahawa meludah dalam minuman atau makanan adalah amalan yang dipercayai dapat membuatkan pasangan menuruti apa sahaja yang dikata atau dikehendaki pelaku.

“Macam masalah mental! Baik bincang dengan serius perbuatan dia ni sebab kalau dia rasa awak deserve kena macam tu, aku rasa baik berpisah sementara tak ada anak.

Warga maya meluahkan kebimbangan pada wanita terbabit.

Warga maya meluahkan kebimbangan pada wanita terbabit.

“Bahaya perkara ni. Kita ingat dia buat atas dasar cinta, rupanya sabotaj.

“Permulaan sihir nak bagi isteri sayang dengar kata suami.

“Ada yang suruh cerai tapi laki dia tu psycho. Lepas cerai pun belum tentu hidup aman, risau dia main sihir pula lepas cerai... gila betul manusia macam tu. Jaga berus gigi awak juga sis risau dia berus mangkuk jamban je,” ujar beberapa warga maya.

Netizen juga menasihatinya supaya berpisah secara baik bagi mengelakkan perbuatan tidak diingini berlaku di kemudian hari.

Malah ada yang berkongsikan beberapa kejadian ngeri yang berlaku di luar negara seperti pasangan mati akibat diberikan racun setiap hari.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain