suria

Geng perempuan berjoget sakan... Bagus pelajar lelaki tak ambil peluang cuci mata, ramai tunduk jaga pandangan

Aksi murid lelaki yang menundukkan pandangan dipuji warga maya.

MENUNDUKKAN pandangan dan menjaga mata adalah syariat yang ditetapkan dalam agama supaya seseorang itu dapat memelihara pandangan daripada melihat maksiat atau perkara tidak baik.

Bagi generasi masa kini pula, istilah ‘cuci mata’ digunakan iaitu salah satu cara santai untuk menghiburkan diri atau menenangkan fikiran dengan melihat sesuatu yang disukai atau sedap mata memandang.

Bagaimanapun, reaksi berbeza ditunjukkan sekumpulan lelaki, dipercayai pelajar yang ‘menundukkan’ pandangan mereka daripada melihat persembahan tarian rakan perempuan.

Persembahan tarian yang diadakan di sebuah sekolah baru-baru ini.

Persembahan tarian yang dpercayai diadakan di sebuah sekolah.

Menerusi video tular yang dikongsikan pelayar TikTok, kebanyakan pelajar lelaki yang sedang duduk bersila hanya memandang lantai mahupun melihat ke kiri atau kanan ketika tarian dipersembahkan.

Tidak kurang juga yang mengambil peluang untuk tidur-tidur ayam dan bersembang bersama rakan.

Reaksi itu menunjukkan seolah-olah mereka tidak berminat menonton persembahan hiburan yang menarik daripada kumpulan pelajar perempuan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa kecewa murid buat ‘pickup line’ jadi ‘content’ penceramah, haramkan guna wajah anak untuk ‘marketing’

ARTIKEL BERKAITAN: Malam ‘cucuk langit’, siang jadi imam solat jemaah...Ramai kagum pelajar ini tunjuk contoh imbangi dunia dan akhirat

“Di sebalik persembahan tarian yang menarik, ada murid lelaki yang berusaha menjaga,” demikian kapsyen pada video.

Menjengah ke rungan komen, kebanyakan warga maya memuji tingkah laku murid lelaki berkenaan kerana tidak menonton persembahan tarian meskipun ia dianjurkan di sekolah.

“Acara sekolah, terpaksalah hadap... Alhamdulillah jaga pandangan.

Dia tengah tidur tu, bosan layan sampai mengantuk.

WARGA MAYA

“Alhamdulillah. Terbaik anak muda berusaha menjaga pandangan. Jelas mereka faham konsep aurat dan maruah wanita.

“Kalaulah menunduk kerana 'hati', Alhamdulillah. Tahniah kepada pelajar lelaki yang sangat faham akan perintah Allah, cuma kejahilan 'mereka' yang berkaitan sangat dikesali.

“Apa yang uncle nampak dalam generasi sekarang ni, pelajar lelaki more behave berbanding remaja perempuan... pasal tu masjid makin ramai anak-anak muda,” ujar beberapa warga maya.

Antara reaksi warga maya pada video tular tersebut.

Antara reaksi warga maya pada video tular tersebut.

Bagaimanapun terdapat segelintir netizen yang beranggapan bahawa tingkah laku murid berkenaan adalah disebabkan rasa mengantuk dan mengelakkan diri daripada terkena sinaran matahari.

Tambahan pula kelihatan cahaya terang menyuluh ke arah murid yang sedang berhimpun tersebut.

“Aku rasa mereka mengantuk, tak pun panas matahari cucuk mata sebab sinar elok suluh pada mereka.

“Matahari suluh terus pada mereka tu.

“Dia tengah tidur tu, bosan layan sampai mengantuk,” ujar segelintir netizen pula.

Sehingga kini tidak dapat dipastikan maklumat lanjut berkaitan video seperti lokasi sekolah dan acara yang diadakan.

Video asal yang dikongsi di TikTok telah dipadamkan namun turut dikongsi di platform media sosial lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain