suria

Telur rebus nasi lemak ‘auto’ hilang kalau order telur mata! Pelanggan bijak kongsi cara halang peniaga mengelat

Nasi lemak merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia -Gambar hiasan (kanan)

SARAPAN pagi rakyat Malaysia bagai tidak lengkap tanpa adanya telur.

Namakan sahaja sebarang juadah pembuka hari, roti bakar mahupun nasi lemak, menu ini pasti lebih menyelerakan jika dipadankan dengan telur.

Namun, seperti diketahui umum, harga telur ayam di pasaran semakin meningkat saban hari kerana beberapa faktor tertentu.

Sesetengah peniaga nasi lemak tidak jujur ketika berjual beli dengan pelanggan. -Gambar hiasan

Berdepan situasi ini, sesetengah peniaga yang tidak bertanggungjawab dikatakan secara 'halus' memperdaya pelanggan agar kos dapat dikurangkan manakala keuntungan dimaksimakan.

Melalui perkongsian di laman Facebook, seorang lelaki tampil mendedahkan satu helah golongan peniaga yang diperhatikan menjadi amalan sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, 'trick' ini sering digunakan peniaga ketika sedang menyediakan hidangan nasi lemak yang dipesan pelanggan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki berselera aneh, makan nasi lemak kari ayam dengan Milo tabur! - “Orang biasa letak Ajinomoto je”

ARTIKEL BERKAITAN: Beli nasi lemak, dapat nasi impit! Niat nak tolong peniaga gerai berakhir kekecewaan - “Penjual beli confident di mana?”

"Dah jadi tabiat peniaga. Bila minta nasi lemak dan telur mata kerbau, maka telur rebus akan 'dicuri'. Maksudnya tidak diberikan sekali kerana beranggapan telur mata kerbau sahaja sudah memadai untuk pelanggan.

"Ramai peniaga saya perasan buat macam ni. Kepada mereka yang berkenaan, pesan saya, belajarlah berniaga dengan ikhlas dan jujur.

"Telur rebus sememangnya merupakan komponen utama dalam nasi lemak, ia seharusnya datang sekali sebagai satu set.

Banyak kerenah peniaga ni, ada sekali tu, dia bagi aku telur rebus separuh, tapi dia charge aku harga telur rebus penuh.

WARGA MAYA

"Manakala telur mata kerbau, sama juga seperti ayam goreng, bergedel, rendang dan seangkatannya merupakan 'aksesori' tambahan sekiranya pelanggan minta," ujar lelaki itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya bersetuju dengan luahan yang dikemukakan dan berkongsikan pengalaman sama.

"Memang ramai macam ni, teknik penyelesaian dia sebenarnya, kita order nasi lemak biasa dulu, apabila dah sampai ke meja baru kita minta tambah telur mata. Tapi menyusahkan sikit la nak buat macam ni.

Sebahagian komen warga maya.

"Kalau aku pula, aku tunggu peniaga masukkan semua dulu, akhir sekali bila dia dah letak sambal ke dalam nasi lemak baru aku minta tambah telur mata. Tak ada ruang untuk dia mengelat.

"Saya sebagai seorang peniaga nasi lemak, set asal memang ada telur rebus. Walaupun pelanggan minta tambahan apa-apa, kita akan tetap bagi telur rebus. Sebab dia minta tambah, bukan tukar. Ingat kata kuncinya, 'tambah'.

"Banyak kerenah peniaga ni, ada sekali tu, dia bagi aku telur rebus separuh, tapi bila bayar dekat kaunter, dia charge aku dengan harga telur rebus penuh, apa cerita ni?" kata warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain