suria
mStar - Urban.Versatil

Suami bakal muflis ibarat hilang segalanya! Bisnes rugi, aset ditarik... Paling sedih isteri pun menjauh

Kereta ditarik atau rumah disita bukan penamat kepada mereka yang muflis. -Gambar hiasan/TheStar

IBARAT kata pepatah, 'sudah jatuh ditimpa tangga'.

Demikian situasi yang dialami oleh lelaki ini yang hilang sumber pendapatan selepas perniagaannya mengalami kerugian.

Ujian hidupnya bertimpa-timpa apabila dia kini berdepan dengan risiko diiisytiharkan muflis disebabkan gagal membayar semula pinjaman perniagaan dan kad kredit.

Lelaki yang tidak mendedahkan identitinya ini berkata, segala-galanya bermula dua tahun lalu selepas dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja di sebuah bank.

"Saya berumur 40an. Sebelum ini saya bekerja di bank sebagai pegawai kanan. Disebabkan tekanan kerja yang melampau dan isu-isu dalaman di tempat kerja saya nekad untuk berhenti.

"Berbekalkan wang simpanan yang ada, saya gunakan untuk menyara keluarga sebelum saya mendapat pekerjaan baru atau sumber kewangan baru.

muflis 2

Individu yang berdepan dengan masalah kewangan atau bakal muflis memerlukan sokongan daripada keluarga.

"Dengan wang yang ada saya buat modal untuk macam-macam kerja termasuk juga melabur di pasaran saham," kongsinya.

Menurut lelaki ini, bagi tempoh enam bulan pertama, perniagaanya berjalan dengan lancar selain pelaburannya juga memberikan pulangan yang baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayah tak pandai bisnes, heret anak sampai muflis! Pemuda menyesal bagi nama buat ‘loan’, rasa dikhianati bapa sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Staf ‘gomen’ hampir muflis, masa sihat rancak buat pinjaman peribadi RM430K... Kini cuti tanpa gaji sebab sakit, tak boleh bayar hutang

Namun panas yang disangka berpanjangan hingga petang, rupanya hujan pula di tengah hari.

"Malangnya selepas itu kerja-kerja saya mengalami kerugian termasuk pelaburan. Saya kehilangan simpanan dan kehilangan punca pendapatan.

"Kini dah hampir dua tahun dari tempoh saya berhenti kerja di bank. Kehidupan saya makin teruk, isteri pula dah hampir setahun mengabaikan saya dan ambil tak kisah pun pasal ekonomi saya," luahnya.

Start cari kawan-kawan baru dan positif. InsyaAllah ada jalan.

NETIZEN

Lebih membuatkannya tertekan, lelaki tersebut berkata dia bukan hanya hampir diisytihar bankrap, malah satu-persatu asetnya juga bakal 'hilang'.

"Kereta dah ditarik. Rumah nak dilelong. Nak bayar bil telefon pun sangkut. Ini pun masih ada line sebelum di 'barred' tak lama lagi. Saya sangat tertekan sekarang ni. Mujur masih ada sekelumit iman di dada.

"Bagaimana tuan-puan semua yang pernah alami keadaan ini dapat kembali semula ke keadaan normal?

"Saya hanya nak tahu jalan penyelesaian atau apa-apa tip dan panduan dari tuan-puan yang pernah lalui keadaan sukar seperti ini," luahnya memohon pandangan warga maya.

Perkongsian kisah lelaki tersebut di laman grup Facebook Majlis Bankrupt di Malaysia meraih simpati ramai.

komen bankrap

Netizen memberikan pandangan dan kata-kata semangat buat lelaki berkenaan.

Namun rata-ratanya tidak lokek berkongsi nasihat dan pandangan untuk membantu menyelesaikan masalah yang dialami lelaki berkenaan.

"Balik kepada Allah, mula cari masa hadiri majlis ilmu. Abang mula dahulu, kemudian bawa isteri dan anak-anak. Kedua, cari apa sahaja kerja yang tidak mengganggu masa ibadah kita.

"Cari kerja dahulu... buat kerja sampingan yang boleh dapatkan duit dengan cepat seperti e-hailing atau p-hailing. Sekadar untuk cukupkan komitmen dan perlahan-lahan naikkan semula kerjaya.

"Start cari kawan-kawan baru dan positif. InsyaAllah ada jalan," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Hafiz Suip kembali bergelar suami