suria

Ayah tak pandai bisnes, heret anak sampai muflis! Pemuda menyesal bagi nama buat ‘loan’, rasa dikhianati bapa sendiri

Selain pengurusan kewangan yang tidak betul, seseorang boleh jatuh bankrap disebabkan faktor lain. -Gambar hiasan

SUDAH banyak kisah yang dipaparkan di media sosial mengenai pengalaman perit apabila diisytiharkan muflis angkara individu lain.

Ada yang melibatkan kenalan atau saudara mara, namun paling menyedihkan adalah apabila ia disebabkan ahli keluarga terdekat sendiri sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang lelaki ini.

Menurut lelaki yang tidak mendedahkan namanya itu, segala-galanya bermula ketika dia berusia 18 tahun apabila bapanya 'meminjam' namanya untuk memulakan perniagaan.

Bagaimanapun, perniagaan milik bapanya kecundang sehingga terpaksa gulung tikar dan dia pula yang terkena tempias.

"Business lingkup, kena saman 100K (RM100,000) dan saya dibankrapkan. Bankrap masa umur 23 tahun, dah 10 tahun berlalu. Sekarang dah umur 33 tahun," luahnya.

muflis 2

Diisytiharkan bankrap bukanlah pengakhiran kehidupan, sebaliknya seseorang perlu kuat untuk bangkit semula. -Gambar hiasan

Cerita lelaki itu, namanya digunakan memandangkan nama bapanya turut berada dalam senarai muflis sebelum ini.

"Sebelum ini atuk saya (belah mak) pun pernah bankrap sebab ayah saya. Kiranya ini bukan kali pertama dia buat, cuma saya terkilan kenapa mak tak halang ayah sedangkan sebelum ni dah banyak kali jadi," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu jadi penjamin ‘loan’ kereta abang, adik serba salah nak tolak... Risau bermasam muka, banyak terhutang budi

ARTIKEL BERKAITAN: Suami menangkan kakak, tak peduli kedai motor ‘kejar’ isteri... Wanita ini menyesal jadi penjamin, sengsara dapat ipar liat bayar hutang!

Apa yang membuatkan lelaki tersebut lebih terkilan, bapanya seolah-olah lepas tangan tanpa rasa bersalah malah tidak melakukan apa-apa untuk membetulkan keadaan biarpun sudah sedekad berlalu.

Tambahnya, dalam tempoh 10 tahun sehingga kini, dia berdepan dengan pelbagai kesukaran untuk melakukan urusan peribadi dek kerana diisytiharkan muflis.

Jumpa peguam yang biasa buat kes kebankrapan. Ada 1,001 cara nak lepas bankrap.

NETIZEN

"Sekarang nak beli rumah tak boleh, nak pergi overseas semua tak boleh. Ayah yang punca jadi macam ni lepas tangan macam tu. Ayah sendiri buat tak faham.

"Apabila jumpa mak ayah, mak sendiri cakap banyakkan bersabar. Ini dugaan Allah nak uji.

"Sebagai anak, saya betul-betul rasa macam kena khianat dengan ayah sendiri. Ada rasa menyesal juga sebab percaya dan biarkan ayah sendiri buat macam tu," kongsinya lagi.

Luahan yang dikongsikan di laman Facebook Muflis Bankrupt di Malaysia itu mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya menzahirkan rasa simpati terhadap lelaki berkenaan.

Selain berkongsi pengalaman, ada di antara mereka menyarankan beberapa solusi kepada masalah yang dihadapi lelaki tersebut.

komen muflis

Antara komen netizen terhadap perkongsian lelaki berkenaan.

"Jumpa peguam yang biasa buat kes kebankrapan. Ada 1,001 cara nak lepas bankrap. Tapi iyalah kena ada modal juga nak lantik lawyer. Usahalah sikit-sikit daripada tak ada perubahan.

"Saya pernah dikhianat abang kandung sendiri sampai muflis RM250,000. Jadi saya tahu sangat apa yang kamu rasa. Pergi insolvensi, jangan culas bayar. Sebab saya bayar dengan insolvensi, tak ada sekatan untuk saya keluar negara.

"Boleh ke insolvensi bincang. Ayah salah sebab lepas tangan, bukan salah sebab guna nama tuan kerana ia dengan persetujuan tuan sendiri pastinya. Tapi masa muda tak boleh fikir semua ini, ayah sepatutnya usaha sama-sama untuk selesai," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain