suria

Pengemis Rohingya marah tak diberi duit! Minta baik-baik tak dapat, terus guna cara kasar tarik ‘handbag’

Rakyat Malaysia kurang senang dengan kehadiran peminta sedekah Rohingya.

KEHADIRAN peminta sedekah warga asing di seluruh negara ternyata kurang disenangi oleh rakyat Malaysia.

Mereka bukan sahaja berlegar-legar menagih simpati, malah ada kalanya bersikap biadab sehingga mengganggu ketenteraman awam.

Terbaharu, seorang individu dikenali sebagai Nur Atiqah turut berkongsi pengalaman buruknya berdepan peminta sedekah warga Rohingya pada 25 November lalu.

Lambakan warga asing yang berlegar meminta sedekah boleh merosakkan imej Malaysia di mata pelancong. -Gambar hiasan AZHAR MAHFOF/The Star

Lambakan warga asing yang berlegar meminta sedekah boleh merosakkan imej Malaysia di mata pelancong. -Gambar hiasan AZHAR MAHFOF/The Star

Dakwa Atiqah, wanita Rohingya itu bertindak menarik beg tangannya gara-gara tidak berpuas hati kerana tidak diberikan wang.

"Rohingya ni minta sedekah. Tak bagi duit dia tarik beg pula," ujarnya menerusi perkongsian yang tular di aplikasi TikTok.

Dalam hantaran sama, Atiqah turut memuat naik salinan laporan berkaitan kejadian itu yang dibuat kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Enggan menghulurkan wang kepadanya, wanita tersebut bertindak menarik beg tangan saya.

NUR ATIQAH

"Pada jam 12.30 tengah hari, Sabtu, 25 November 2023, saya diganggu oleh seorang wanita Rohingya yang meminta sedekah.

"Enggan menghulurkan wang kepadanya, wanita tersebut bertindak menarik beg tangan saya.

"Namun setelah berjaya menangkap gambar beliau melalui telefon bimbit, wanita berkenaan beredar," ujarnya dalam laporan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengemis ‘naik lemak’! Minta belanja makan terus tapau nasi kandar, lelaki terkejut tengok bil - “Dia ambil sotong, daging, ayam”

ARTIKEL BERKAITAN: Tersepak bekas duit peminta sedekah, toleh belakang ramai pandang serong... Pemuda tak tolong kutip, terus pergi isi perut

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut menyelar tindakan wanita Rohingya itu yang dianggap biadab dan memalukan.

Pada masa sama, beberapa netizen turut berkongsi pengalaman mereka berdepan warga Rohingya yang biadab sebelum ini.

"Saya pernah kena beberapa tahun lepas dekat Sogo. Tak beli Yassin mereka jual, mereka tarik beg saya.

Selain meminta sedekah, golongan ini juga menjana pendapatan dengan berniaga tisu. -Gambar hiasan AZHAR MAHFOF/The Star

Selain meminta sedekah, golongan ini juga menjana pendapatan dengan berniaga tisu. -Gambar hiasan AZHAR MAHFOF/The Star

"Dia datang rumah minta duit. Lepas tu aku beritahu tak ada duit. Dia boleh cakap rumah belakang sana bagi dia RM10. Aku sound balik suruh dia kerja. Malas ke?

"Hari tu mereka buat macam ni, dapat kat orang panas baran, kena rembat kat situ juga," kongsi beberapa netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain